Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Azar Azmi atau nama sebenarnya ialah Siti Azar Ameerah binti Azmi. Dia dilahirkan pada 13 Mac 1989 di Rembau, Negeri Sembilan. Mula memasuki industri seni melalui pencarian Dewi Remaja 2009/10, dan sejak dari situ berjinak sebagai watak tambahan seterusnya menjadi terkenal kini.
BIJAK MENYOROKKAN KISAH CINTA, IKAT TALI PERTUNANGAN
Dalam diam, industri hiburan dikejutkan dengan berita pertunangan pelakon cantik ini. Difahamkan dia sudahpun mengenali jejaka pilihan dan menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun yang lalu. Tiada seorang pun yang dapat menghidu hubungan mereka berdua ini.
DUDA ANAK DUA MENJADI PILIHAN HATI
Dilaporkan Azar mengikat tali pertunangan dengan seorang duda anak dua yang juga seorang produser filem, tidak didedahkan identiti petang semalam. Majlis tersebut diadakan secara tertutup di Mesra Abadi 8 Wedding Venue, Keramat dan hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat sahaja.
MENERIMA SEBENTUK CINCIN SEBAGAI TANDA PERTUNANGAN
Difahamkan dalam majlis tersebut, Azar menerima sebentuk cincin yang disarungkan di jari manis oleh ibu produser yang dimaksudkan dan juga beberapa dulang hantaran daripada pihak lelaki sebagai tanda pertunangan.
BERTUNANG HANYA DALAM TEMPOH SETAHUN
Pelakon terkenal menerusi drama Nur 2 ini dijangka mendirikan rumah tangga pada penghunjung tahun hadapan. Namun tidak dinyatakan secara tepat tarikh dan waktu majlis berkenaan memandangkan pelbagai persiapan yang perlu diaturkan sepanjang tempoh itu.
Bekas peserta Dewi Remaja ini dilihat menerima ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan artis di laman IGnya. Ramai yang mendoakan agar mereka disatu dan menjalani fasa pertunangan ini dengan baik. Di sini lah fasa yang mana pasangan akan diuji dengan banyak perkara.
Tahniah penulis ucapkan buat Azar Azmi dan pasangan. Semoga dengan berita baik ini memurahkan lagi rezeki mereka berdua dalam industri seni tanah air kelak dan diharapkan hubungan yang bakal disatukan berkekalan sehingga ke anak cucu.
Kredit: Instagram Azar Azmi