Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama Eizlan Yusof mempunyai auranya tersendiri apabila dia dikatakan antara jejaka pujaan sewaktu zaman kegemilangannya dahulu. Nama sebenarnya ialah Dato’ Sri Idris Md Yusof dilahirkan pada 14 Julai 1971.
ANTARA PELAKON HEBAT
Eizlan memulakan kerjaya lakonan pada tahun 1994 menerusi filem Kad Cinta. Dan sejak dari itu, kerjaya lakonannya mula berkembang dan memegang pelbagai jenis watak. Dari segi anugerah, dia telah mencapai banyak kemenangan antaranya Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Lelaki Harapan dan banyak lagi.
PERNAH GAGAL DALAM RUMAH TANGGA
Bercerita soal peribadi, Eizlan Yusof pernah berkahwin dengan Vie Santie Harun pada tahun 2007 namun menemui kegagalan pada 28 September 2014. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata dan kesemua mereka diberi hak penjagaan kepada Vie Santie selaku ibu.
BAKAL MENDIRIKAN RUMAH TANGGA DENGAN WANITA BERKETURUNAN SERANI
Terbaru, Eizlan Yusof memberikan khabar baik buatnya apabila bakal mendirikan rumah tangga kedua bersama pasangan pilihan iaitu Natasha Rosa Boudville berusia 29 tahun. Dikatakan wanita tersebut seorang mualaf dan berketurunan serani.
Mereka sudah pun mengenali antara satu sama lain sejak 4 tahun yang lalu. Sikap Natasha yang pandai mengambil hati anak-anaknya membuatkan hubungan mereka direstui dan diterima keluarga.
Difahamkan majlis tersebut bakal diadakan pada 12 Disember depan dan mendapat tajaan daripada beberapa orang kenalannya. Majlis bakal disambut selama 4 hari menambahkan lagi keghairahan dan juga kemeriahan sambutan kelak.
MAJLIS MENDAPAT TAJAAN DARIPADA RAKAN-RAKAN
Menurut Eizlan, pada awalnya mereka hanya merancang untuk mengadakan secara kecilan dan hanya untuk keluarga terdekat. Tetapi setelah diketahui oleh rakanya, mereka berminat untuk menaja dan sudah semestinya ia suatu rezeki yang sukar untuk ditolak.
KOS PERKAHWINAN MENJADI TANDA TANYA
Apa yang pasti Eizlan hanya memenuhi perihal hantaran dan juga urusan wajib. Selebihnya rakan lah yang membantu. Disapa nilai sebenar perkahwinannya, Eizlan tidak mengetahui angkanya sehingga sekarang meskipun ura-ura tersebar kos mencecah RM 2 juta.
Penulis ucapkan ribuan tahniah buat Dato’ Eizlan Yusof di atas perkhabaran baik ini. Semoga rumah tangga yang bakal dibina menemui titik bahagia buat mereka dan juga anak-anak.
Kredit: Instagram Mahligai Cinta