Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Jasmine Suraya Chin atau nama sebenarnya ialah Jasmine Suraya Chin Xian Mei berketurunan Cina yang berasal dari Kuching Sarawak. Pelakon yang popular menerusi filem Paskal ini dilahirkan pada 10 November 1989.
MENDAPAT 10A DALAM SPM
Ramai yang tak tahu bahawa Jasmine Suraya ini mempunyai latar belakang yang luar biasa. Dalam peperiksaan SPM yang diambilnya, dia telah memperoleh keputusan yang sangat cemerlang iaitu 10A dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dan Ekonomi dari Universiti Monash, Melbourne.
KERJA SEBAGAI WARTAWAN SEBELUM BERALIH BERLAKON
Sebelum menceburi bidang lakonan, Jasmine pernah menjadi wartawan untuk sebuah akhbar berbahasa Inggeris. Dia sempat menepa pengalaman dalam bidang tersebut selama setahun setengah.
Namanya pernah terpalit kontroversi baru-baru ini menerusi lakonannya bersama youtuber terkenal tanah air iaitu Alieff Irfan. Dikatakan drama pendek yang dilakonkan mereka berdua membawa unsur kurang baik bagi penonton bawah umur.
PERKONGSIAN GAMBAR TIDAK DISENANGI NETIZEN
Terbaru Jasmine Suraya sekali lagi menarik mata netizen apabila perkongsian gambarnya di instagram tidak disenangi umum. Gambar tersebut dikongsikan ketika dia berada dalam satu acara makan malam di sekitar Kuala Lumpur.
Menerusi gambar tersebut, dapat dilihat Jasmine memperagakan persalinan putih dan mendedahkan bahagian dadanya. Sekali gus ianya mengundang kepada buah mulut orang ramai kerana penampilan sedemikian.
REAKSI DARI PENGGUNA INSTAGRAM
Dapat dilihat pelbagai reaksi dari netizen terhadap penampilan Jasmin pada malam berkenaan. Dalam ramai berfikiran negatif, ada yang memberi pandangan bahawa tidak elok untuk berpakaian sedemikian di hadapan umum, memandangkan boleh mendatangkan salah sangka netizen.
Untuk fahaman umum, Jasmin Suraya adalah beragama Kristian. Sebelum ini khabar angin pernah mengatakan dia beragama Islam namun dia menepis dakwaan tersebut dengan menyatakan dia bukan melayu. Mungkin nama komersilnya sedikit sebanyak membuatkan ramai pihak salah sangka.
Jasmin Suraya dilihat tidak memberikan maklum balas terhadap buah mulut netizen ini. Apa pun kita sebagai pengguna media sosial, kita harus lah bijak menjaga tutur bahasa agar tidak menyinggung perasaan orang lain.
Sumber: Instagram Jasmine Suraya Chin