Aksi yang tak pernah ada di tempat lain! Elsa Frozen makan durian jadi perhatian netizen

Usahawan kosmetik Nur Sajat tidak perlu diperkenalkan lagi. Banyak kisahnya dipaparkan media massa selama perjalanan hidup sebagai pengusaha kosmetik dan juga bengkung. Baru-baru ini penulis ada kongsikan kisah tularnya yang berada di hospital bersalin.

BACA: Tiada angin tiada ribut, Nur Sajat dikejarkan ke hospital bersalin! Mengejutkan ramai netizen

Tujuannya berada di sana bukan lah disebabkan masalah wanita, tetapi bagi rawatan kecantikan wajah. Nama Sajat dan kontroversi memang tidak dapat dipisahkan. Sebut sahaja namanya, pasti netizen akan mengkritik.

Sumber Instagram

MENGGAYAKAN WATAK MALEFICIENT DAN ELSA

Terbaru, Sajat sekali lagi menarik mata ramai netizen di mana usahawan berjaya ini memuat naik gambar memakai kostum menyerupai watak Maleficient dan juga Elsa dalam filem Frozen. Sekali pandang boleh dikatakan sama sehingga lah anda sedar bahawa itu adalah Sajat.

Sumber Instagram

BUKAN SAJA-SAJA BERPENAMPILAN SEBEGITU

Bagi kita, itu mungkin saja-saja dan bertujuan mencari publisiti semata-mata. Namun hakikatnya, Sajat berpenampilan sedemikian adalah bertujuan memenuhi undangan sebuah acara yang dihadirinya di Johor Baharu.

Boleh juga dikatakan bijak dalam mempromosikan produk jualan, Sajat dilihat sempat memakai bengkung keluarannya sambil membuat persembahan. Dia juga menyanyikan lagu Bobo dimana dalam acara tersebut.

Sumber Instagram

ELSA MAKAN DURIAN

Sajat ni ada sahaja gelagatnya yang menggelikan hati. Apa yang menarik perhatian penulis adalah video yang dimuat naik. Berpakaian seperti Elsa kemudiannya memakan durian kunyit. Menangis Elsa tengok gelagat si Sajat ni.

“Elsa makan durian Di pasar pandan jb!! Durian kunyit!!!

Nak tengok lebih lanjut!! Kena tengok Di channel youtube Sajat Perempuan!! Bila frozen sejuk sangat!!! Elsa buat hal uols.
Memang sedap makan durian Di sini!!
Gerai Lubuk Durian pasar pandan!!! Meletop..” Tulis Sajat di IGTV.

Apa kata kalau Sajat cuba bawak watak Upin dan Upin pula lepas ni, tengok macam mana reaksi netizen. Apa pun, bila dah cantik pakai apa sahaja tetap nampak cantik di mata umum. Semoga Sajat sentiasa berjaya dalam perniagaannya dan menjadi ikon baik dalam dunia usahawan untuk anak muda.

Sumber: Instagram Nur Sajat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *