Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sebelum ini penulis ada kongsikan kisah ustaz selebriti menjadi bualan ramai berkaitan isu perkahwinan keduanya dengan seorang ibu tunggal beranak lapan. Walhal pada awalnya ustaz ini menyatakan perkahwinan ini dipersetujui oleh isteri pertama.
RAKAN ISTERI PERTAMA BUKA AIB DA’I FARHAN DI FACEBOOK
Penulis maksudkan Da’i Farhan, walau bagaimanapun perkara tersebut bertentangan dengan pendedahan dari seorang wanita yang dikatakan teman rapat kepada isteri pertamanya, Fatin. Wanita tersebut dikenali sebagai Ches Al-Maliki membuka aib da’i Farhan ini di Facebook miliknya.
RASA TIDAK PUAS HATI
Tak menunggu lama, Da’i Farhan dilihat tampil menceritakan disebalik hubungan mereka ada kemelut sudahpun terjadi. Iaitu berpunca tidak mengambil ASB menyebabkan wanita berkenaan tidak puas hati kepada dia dan keluarga.
DEDAH 18 WANITA BERHASRAT JADI ISTERI KEDUANYA
Melalui temu bual yang dilakukan oleh pihak mStar Online dalam mendapatkan penjelasan mengenai isu ini, Da’i Farhan mendedahkan sebelum ini hidupnya sudahpun didatangi 18 orang wanita yang ingin menjadi isteri keduanya.
TERPAKSA TOLAK, RASAKAN TIADA KEPERLUAN
Atas rasa tiada keperluan pada masa itu untuk berkahwin, Da’i Farhan terpaksa menolak kesemua mereka biar pun isteri pertama ada mencadangkan dan redha dia berkahwin dengan teman rapat bagi tujuan membantu individu berkenaan.
TIADA KEKUATAN UNTUK MENOLAK WANITA KE-19
Namun, untuk individu ke-19 ini dia tidak ada kekuatan untuk menyangkal, dijodohkan dengan seorang ibu tunggal bergelar doktor dan juga usahawan. Sejujurnya dia tidak tahu menahu disebalik latar belakang isteri kedua sebelum mereka diijab Kabul.
Berkongsikan rasa dengan umum yang mana percintaan mereka seolah seperti penyatuan antara Nabi Muhammad dan juga Siti Khadijah. Perasaan di Tanah Suci sangat lah hebat dan mereka menerima takdir ini yang sudah tertulis di luth mahfuz.
KREDIT VIDEO PENGAKUAN DA’I FARHAN:
Itu lah rahsia jodoh pertemuan seseorang insan yang menjadi rahsia Tuhan. Kita hanya mampu merancang namun Dialah yang menentukan. Semoga penjelasan diberikan oleh Da’i Farhan menjawab persoalan netizen.
Kredit: mStar Online