Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Masih ada rasa! Ikuti luahan hati Vanidah Imran terhadap kaum lelaki, yang penting perlu ikut syaratnya

Selama 17 tahun melayari bahtera hidup bersama, Rashidi Ishak dan juga vanidah Imran akhirnya terlerai di tengah jalan. Mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada 9 Ogos 2018 namun merahsiakannya selama 7 bulan sebelum didedahkan kepada umum.

BUKAN ORANG KETIGA MENJADI PUNCA

Disoal punca keputusan ini dibuat, Rashidi Ishak memberitahu mereka tiada masalah sepanjang bersama. Tiada pun wujud orang ketiga dalam rumah tangga mereka. Apa yang boleh diperkatakan adalah tiada lagi keserasian dan itu lah keputusan terbaik yang perlu dibuat.

Dalam diam ianya berlaku tanpa mana-mana berita kontroversi. Itu lah sepatutnya dilakukan, buat apa sebarkan aib kepada orang ramai jika ia boleh mendatangkan kemudaratan.

HATI VANIDAH BELUM TERTUTUP UNTUK LELAKI

Selepas gagal dalam perkahwinan pertama, Vanidah Imran memberitahu bahawa hatinya masih terbuka untuk menerima mana-mana lelaki sebagai pasangan hidup. Jelasnya ia bukan lah sampai terdesak sehingga mencari jodoh tersebut.

Sekiranya ada lelaki yang cuba mendekati, banyak faktor yang perlu aktres jelita ini fikirkan memandangkan dia mempunyai dua orang anak yang perlu dijaga emosi mereka. Tambah Vanida, anak perempuannya yang berusia 15 tahun sangat rapat dengannya.

PERLU PANDAI MENGAMBIL HATI ANAK-ANAK

Sehingga hari ini mereka masih lagi tidur bersama. Sehubungan dengan itu, Vanidah memberikan gambaran jika ada individu berniat untuk mendampinginya perlu lah tahu cara mengambil hati anak-anak terutamanya selain menyanyangi mereka seperti anak sendiri.

Disapa hubungan dengan bekas suami, mereka masih lagi berkawan seperti biasa. Rashidi turut menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa setiap hari. Mereka berdua dilihat tiada masalah mengenai hak penjagaan kerana masing-masing memberi respon yang baik antara satu sama lain.

Kesimpulannya, mereka bersatu secara baik dan mengambil jalan untuk berpisah pun secara baik. Segala perkara dipermudahkan urusan. Sama sama kita doakan agar mereka berdua ditemukan dengan kebahagian dalam melayari kehidupan yang baru kelak.

Kongsi artikel ini: