Rasai pengalaman unik! Taman tema Angry Birds wujud di Semenyih, diiktiraf Malaysia Book of Record

Negara kita, Malaysia merupakan antara Negara yang menjadi perhatian dunia. Baik dari segi ekonominya, tak kurang hebat dari tumpuan pelancongan. Ramai tidak sedar Negara kita bukan sekadar memiliki flora dan fauna yang indah, malah tempat rekreaksi seisi keluarga yang menarik.

KARAKTER ANGRY BIRDS DITERJEMAHKAN DALAM BENTUK PUSAT REKREASI

Siapa pernah bermain permainan Angry Birds di telefon pintar? Ianya pernah jadi suatu fenomena beberapa tahun lepas apabila ia antara aplikasi yang banyak dimuat turun oleh pengguna ketika itu. Apa yang menariknya, karakter tersebut dipersembahkan dalam dunia nyata.

Seperti penulis maklumkan dari awal, kita sepatutnya bertuah apabila satu lagi pusat rekreasi taman tema air telah pun di buka di Setia Ecohill, Semenyih. Ianya bertemakan karakter Angry Birds yang mana mungkin menjadi keunikan tersendiri dan belum ada di mana-mana tempat setakat hari ini.

HANYA DIBUKA PADA TARIKH TERTENTU

Menurut sumber, taman tema ini telah dibuka menemui pengunjung pada 22 November yang lepas yang berkeluasan satu hektar. Menurut pihak pengurusan, ianya hanya dibuka pada tarikh tertentu sahaja seperti hujung minggu dan cuti umum semestinya.

JUMLAH TIKET HANYA DIKELUARKAN 2000 SAHAJA SETIAP HARI

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif One Universal Production Sdn Bhd, dalam menjamin kualiti dan juga kelancaran operasi, tiket yang dikeluarkan turut dikawal selia. Hanya 2000 tiket sahaja diperuntukkan bagi setiap hari.

Sekali gus taman tema ini menawarkan suatu pengalaman yang tersendiri dan terjamin. Pengalaman yang mungkin mengamit memori keluarga adalah permainan gelongsor tingginya 12 meter, yang mungkin mencabar adrenalin anda.

HARGA DITAWARKAN BOLEH DINILAI AGAK BERPATUTAN

Untuk harga tiket pula, harga bagi pengunjung dewasa ialah RM53, manakala warga emas dan kanak-kanak adalah RM40.28. untuk pilihan yang lebih jimat, digalakkan mengambil tiket Family Combo iaitu 2 dewasa dan 2 kanak-kanak berharga RM167.48. Jimat bukan?

Jadi, jangan melepaskan peluang untuk merasai pengalaman taman tema air yang baharu ini sempena cuti sekolah. Difahamkan juga ia hanya dibuka selama dua bulan sahaja. Selamat bercuti penulis ucapkan!

*Sila layari laman ini untuk pertanyaan dan juga maklumat yang lebih tepat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *