Rasa sangat ganjil! 20 tahun jadi ‘lelaki’, wanita ini mula sedar buat rawatan kembali kepada fitrah asal

Kecelaruan identiti tidak boleh dipandang remeh. Ianya boleh meninggalkan kesan yang sangat mendalam buat individu yang mengalami masalah sebegini.

LAHIR SEBAGAI WANITA, UMUR 44 TAHUN MENGUBAH KEPADA LELAKI

Kali ini penulis ingin kongsikan kisah yang dahulunya dilahirkan sebagai wanita namun di usia 44 tahun memilih untuk menjadi lelaki. Dikenali sebagai Debbie Karemer mengakuinya dirinya seakan cacat dan berasal kesal mengubah jantina, dan namanya kini Lee Harries.

Debbie dan suaminya Alan sebelum mengubah jantina

RAWATAN UNTUK TAMPAK SEBAGAI LELAKI

Pada awalnya, Debbie nekad untuk menjadi lelaki. Lalu dia berjumpa seorang doktor di hospital swasta bagi mendapatkan rawatan tetosteron untuk hormone lelaki. Kemudiannya dia mengambil keputusan untuk membuang buah dadanya 3 bulan kemudian untuk nampak lebih kejantanan.

Debbie kesal menjadi lelaki

MULA KESAL PERUBAHAN PADA DIRI

Walau bagaimanapun, Debbie seolah-olah mengalami kecelaruan identiti. Setelah bertahun-tahun menjadi Lee Harries, dia berasa kesal dengan keputusan mengubah dirinya. Tidak duduk diam, Debbie menghadiri kursus kaunseling bagi menangani tekanan yang dihadapi.

Debbie sewaktu remaja

TEKANAN POST TRAUMATIK

Hasil dari kaunseling mendapati Debbie mengalami tekanan post traumatik yang kompleks. Ianya disebabkan sejarah hidup Debbie yang pernah mengalami gangguan sksual selama tempoh yang lama. Hal ini lah menjadi punca Debbie membenci tubuh asalnya.

Debbie dan Alan kini

TERPERANGKAP DALAM TUBUH SEPARA LELAKI

Menurut Debbie, dia dijadikan bahan oleh ayahnya, segala kehendak ayahnya perlu dipenuhi. Justeru, setelah mulai sedar Debbie merasakan tindakan yang dibuat mengubah dirinya adalah salah seolah-olah wanita terperangkap dalam tubuh separa lelaki.

INGIN KEMBALI KEPADA DEBBIE YANG DAHULU

Dengan itu, Debbie sekali lagi mengambil keputusan untuk kembali ke fitrah asal dan menunggu detik melakukan pembedahan membetulkan dirinya semula. Jelasnya, ia sesuatu perasaan yang salah dengan memikirkan kisah silam, lalu jadikan diri sebagai lelaki untuk puaskan hati.

Sewaktu kanak-kanak

Dirinya seolah-olah cacat kerana naluri adalah wanita tetapi bentuk badan hampir sama dengan seorang lelaki. Dia mengharapkan agar keputusan dibuat kali ini adalah betul untuk bangun semula sebagai Debbie yang dahulu.

Kesimpulannya, kecelaruan identiti perlu diberi perhatian penting agar tidak memberikan kesan jangka panjang. Kisah silam turut memainkan faktor utama dalam individu yang mengalami symptom ini dalam membuat sesuatu keputusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *