Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Awal Oktober lepas, Zara Zya dan Hafreez Adam mengambil keputusan mengikat tali pertunangan setelah lama menjalinkan hubungan cinta. Sekali gus mengejutkan ramai pihak kerana ianya diadakan tanpa diwar-warkan terlebih dahulu.
BACA: Diam-diam ubi berisi! Zara Zya akhirnya ikat tali pertunangan, majlis cantik kalah raja sehari
PASANGAN SAMA CANTIK SAMA PADAN
Pada majlis berkenaan, dapat dilihat pasangan sama cantik sama padan ini memperagakan persalinan putih mengalahkan raja sehari. Difahamkan Alha Alfa yang dipertanggungjawab dalam menata rias wajah Zara pada hari berkenaan.
DUGAAN DALAM PROSES BERTUNANG
Orang tua pernah berpesan jangan mengambil masa terlalu lama dalam bertunang dan dugaan pada fasa ini jauh lebih kuat. Ini lah yang didedahkan oleh aktor kacak Hafreez Adam apabila memberitahu ada individu cuba menganggu mereka berdua.
TAK PERNAH PULA KENA GANGGU MASA BERCINTA
Jelas Hafreez, dia menganggap ini adalah sebahagian daripada ujian yang perlu mereka lalui. Namun apa yang menjadi persoalannya, selama mereka berkenalan dalam tempoh dua tahun, tak pernah pula ada yang cuba cucuk atau individu yang menganggu.
Walau bagaimanapun, Hafreez tidak mendedahkan secara terperinci bentuk gangguan yang diterima mereka itu. Identiti orang ketiga yang mencampuri hubungan mereka turut dirahsiakan daripada pihak umum bagi mengelakkan berlakunya masalah yang lebih besar.
SERING TERJADI SALAH FAHAM
Tambah Hafreez lagi, sejak bertunang ini komunikasi mereka berdua turut berbeza. Sebelum ini mereka tak pernah bergaduh antara satu sama lain. Tapi berbeza pada kali ini apabila ada sahaja perkara yang tak kena.
Bagi penulis, dalam kita tak sedar, pertunangan adalah proses yang mana kita perlu tabah mengenal pasangan. Mungkin sebelum ini kita hanya menganggap sebagai teman biasa, tetapi bertunang ini membawa kita ke arah berkongsi hidup bersama orang yang kita tidak kenal secara dalamnya.
JARANG BERTEMU, DUA KALI SEJAK BERTUNANG
Dalam pada itu, dikatakan Hafreez dan Zara Zya jarang bertemu sejak akhir-akhir ini. Ini berikutan kepadatan jadual lakonan masing-masing. Sejak bertunang, mereka hanya berjumpa dua kali dan selebihnya mesej melalui whatsapp sahaja.
Sebagai rekod, pasangan ini merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun hadapan. Jadi, sama sama lah kita doakan agar perjalanan mereka untuk mendirikan masjid dipermudahkan. Semoga dugaan pertunangan menguatkan lagi rasa cinta sesama mereka.