Ini boleh jadi asbab! Daphne Iking mendapat pujian netizen setelah kongsikan gambar berhijab

Wajah cantik Daphne Iking pernah menghiasi ntv7 pada waktu pagi anda dahulu dengan rancangan The Breakfast Show. Aktres cantik yang berasal dari Keningau, Sabah ini memulakan kerjaya sebagai peragawati, kemudiannya berlakon dan terakhir dengan mengacara rancangan televisyen.

Sumber Instagram

PERNAH GAGAL DALAM PERKAHWINAN PERTAMA

Menjengah kehidupan peribadi Daphe Iking ini, dia pernah berkahwin dengan Ryan Chong pada tahun 2007. Namun rumah tangga tidak kekal lama dan berpisah pada 2009. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Isobel Daniella Iking-Chong.

Sumber Instagram

Ura-ura mengatakan wujudnya perselisihan faham antara Chong dan juga CEO Adidas Malaysia iaitu Darren Choy Khin Ming sehinggakan hal ini dibawa ke mahkamah atas Kanun Kseksaan 498, memikat atau membawa pergi atau menahan seorang wanita yang bersuami dengan niat tertentu.

Sumber Instagram

MENGAMBIL KEPUTUSAN MEMELUK AGAMA ISLAM

Pada tahun 2011, nama Daphne Iking disebut ramai setelah memeluk agama Islam dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang usahawan melayu iaitu Azmi Abdul Rahman. Mereka mengadakan majlis tersebut secara tertutup dan hanya dihadiri kenalan rapat.

Sumber Twitter

MUAT NAIK GAMBAR  BERTUDUNG MENDAPAT PERHATIAN NETIZEN

Terbaru, hos dan juga usahawan cantik ini berkongsikan sekeping gambar di laman sosial Twitternya. Gambar tersebut mendapat perhatian ramai pengikutnya berikutan mengenakan hijab, yakni dituntut dalam agama.

Sumber Twitter

RAMAI NETIZEN YANG MEMUJI

Melihat kepada komen dari pengikutnya, rata-rata memuji kecantikan dan penampilan baru dari Daphne Iking ini. Ada yang mendoakan agar aktres ini terus istiqamah dengan penampilan bertudung sebegitu.

Sumber Twitter

Walau bagaimanapun Daphne dilihat tidak mengumumkan secara rasmi apa-apa berkaitan penampilan bertudungnya itu sama ada secara kekal ataupun memenuhi mana-mana undangan. Apa pun sama sama kita doakan yang terbaik buat dirinya.

Sumber: Twitter Daphne Iking

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *