Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Maldives merupakan pusat peranginan yang terkenal di dunia. Dek kerana pemandangan pantai yang cantik, pulau-pulau kecil di sekeliling yang menarik, kos untuk berada di sana antara yang boleh dipertimbangkan para pengunjungnya.
MENERIMA 600,000 PENGUNJUNG SETAHUN
Dilaporkan, lebih dari 600,000 orang pengunjung melawati Maldives setiap tahun. Ia adalah satu angka yang besar dalam pertumbuhan ekonomi pelancongan bagi suatu negara. Untuk pengunjung beragma Islam, kita tidak perlu risau untuk berada di sini.
PENDUDUK BERAGAMA ISLAM
Ini kerana penduduk di Maldives majoritinya adalah muslim. Sekali gus memudahkan kita mendapatkan bekalan makanan yang halal. Boleh dilihat ramai artis tanah air dan juga instafamous menjadikan Maldives sebagai tempat percutian mereka.
TMJ TURUT MEMILIH MALDIVES SEBAGAI TEMPAT PERCUTIAN
Tidak melepaskan peluang ialah Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail atau lebih selesa disapa sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) dilihat membawa keluarga kecilnya bercuti di Maldives ini. Ianya menarik ramai netizen dengan perkongsian pemandangan yang cantik selama berada di sana.
TMJ BELI PULAU MALDIVES?
Apa yang menarik di mata penulis adalah dengan suatu komen di ruangan TMJ apabila ada individu berseloroh supaya TMJ beli pulau tersebut untuk anaknya.
“Leo ask babah ‘babah can we buy this sea’ what you will answer?” Tulis individu berkenaan.
Respon yang diberikan oleh TMJ mengejutkan ramai apabila dia menjawab pulau tersebut sudahpun kepunyaan mereka.
“It is already ours son. Haha” Respon singkat dari TMJ.
TMJ BIJAK DALAM URUSAN PERNIAGAAN
Jawapan singkat dan padat dari TMJ itu semestinya mengundang pelbagai persoalan daripada netizen. Apa pun tidak hairan lah kerana TMJ merupakan antara salah seorang individu yang bijak menghasilkan wang dalam urusan jual beli saham dan juga hartanah.
MEMILIKI ISTANA WOODNEUK BERNILAI RM 14 BILION
Pernah diberitakan sebelum ini bahawa TMJ turut memiliki hartanah di Singapura bernilai RM 14 Bilion iaitu Istana Wooneuk. Ianya berkeluasan 30 kali ganda lebih besar dari White House iaitu tempat tinggal Presiden US. Hartanah ini terletak berhampiran kedutaan Amerika di Singapura.
View this post on Instagram
Itu lah serba sedikit kisah yang boleh digambarkan kekayaan dimiliki oleh Tunku Mahkota Johor ini. Tidak dinafikan TMJ antara individu yang dekat dengan rakyat dan sering menemui rakyat Johor terutamanya dalam bertanya khabar.
Sumber: Instagram HRH Crown Prince of Johor