Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama Sharifah Sakinah tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Namanya sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. Sebelum ini, perkongsiannya membawa anak-anak tahfiz untuk menonton wayang turut tidak disenangi sesetengah pihak.
BOTAKKAN KEPALA ANAK TIMBUL PELBAGAI SPEKULASI
Jika anda perasaan, Sakinah kini sering dilihat berkongsikan gambar anaknya, Anais di laman instagram yang berwajah baru iaitu berkepala botak. Sekali gus perkara ini menimbulkan seribu tanda tanya peminat kenapa berbuat demikian.
TERUS BERTEKA TEKI KEADAAN ANAIS
“There are so many speculations on why Anais’s head is bald now.
Is she’s sick?
Got lice right?
Stuck some slime?
She got creative and cut her own hair?
Well, let me give you a clue. None of the above.
Keep speculating oi ha ha ha..” Respon Sakinah di IGnya.
Sakinah dilihat enggan menjawab persoalan netizen dengan membiarkan mereka terus berteka teki tentang keadaan Anais kini. Penulis mengandaikan mungkin ada sebab tertentu mengapa Sakinah berbuat sedemikian demi kebaikan anaknya.
RAMBUT LEBIH CANTIK DAN LEBAT
Perkongsian Sakinah ini sekali gus mendapat perhatian pengikutnya. Rata-rata netizen berpendapat tindakan sebegitu adalah untuk mendapatkan rambut yang lebih segar dan lebih cantik kelak. Kebiasaan amalan sebegini dibuat ketika rambut si kecil mula rosak dan sukar untuk disikat.
ADA KUTU DI KEPALA
Tak terlepas dari itu, ada juga berpandangan tujuan membotakkan kepala anak kecil adalah untuk menyelesaikan pembiakan kutu. Namun, Sakinah tidak memberikan apa-apa respon dengan tekaan para pengikutnya ini.
Apa pun, dengan penampilan Anais yang botak, masih ramai yang memuji kecomelan anaknya ini. Ramai yang mendoakan agar rambut kembali tumbuh dengan lebat seperti sedia kala.
Sumber: Instagram Sharfah Sakinah