Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak nak bukak aib sebenarnya! Fakhrul UNIC dedah sikap sebenar PU Azman yang ramai tak tahu

Nama sebenar Pencetus Ummah (PU) Azman ialah Azman Syah bin Alias. Lebih selesa disapa sebagai Cik Man, dia mula dikenali apabila menjuarai program Pencetus Ummah musim kedua. Sejak dari itu dia aktif mengacara, memberi motivasi dan juga menjadi penceramah bebas.

Sumber Instagram

JAWAPAN SOAL JAWAB BUAT NETIZEN BERDEKAH KETAWA

Cik Man boleh dikatakan sebagai pencetus fenomena untuk anak muda mempelajari agama. Ini kerana gaya santai dan jawapan yang diberikan lebih dekat dengan penonton serta diselit juga humor lawak. Cara ini membuatkan anak muda lebih dekat dengan agama dan mudah untuk difahami.

CIK MAN ADA TABIAT YANG RAMAI ORANG TAK TAHU

Dalam kita tak tahu, sebenarnya Cik Man ni ada sikap yang mungkin ganjil. Ianya dibongkarkan oleh salah seorang penyanyi nasyid kumpulan UNIC iaitu Fakhrul. Di laman instagram, Fakhrul mendedahkan sikap yang dimaksudkan. Berikut adalah perkongsian asal:

Sumber Instagram

“Bkn nak bukak aib..tp ko tgkla no dia brp x dah save hahaha..jgn sampai ak tukar jd nama lola cikman wei @pu_azman . Kalo ada lg baru nak save apa? Sapa member korang yg asyik tukar nombor tag dia..” Tulis Fakhrul dengan mempersendakan Cik Man.

RAMAI YANG TERHIBUR

Dengan perkongsian ini nyata menghiburkan ramai netizen. Ramai yang meninggalkan maklum balas di ruangan komen agar bertabahlah memiliki member yang sering kali menukar nombor umpama penyakit was-was dan juga mengelak dari bayar hutang.

Sumber Instagram

BACA: Netizen Tak Dapat Move On Tengok Muka Angau Cik Man Jatuh Cinta Dengan Nina Juren

Tidak ketinggalan, Cik Man sendiri dilihat meninggalkan komen di gambar tersebut tanpa rasa bersalah.

Sumber Instagram

Apa pun, bukan Cik Man seorang sahaja memiliki tabiat sebegini. Penulis percaya ramai lagi pengguna di luar sana sering menukar nombor tanpa pengetahuan rakan, maklum la harga nombor yang ditawarkan pihak telco kini jauh lebih murah berbanding zaman Pak Kadok dulu.

Sumber: Instagram Fakhrul UNIC

Kongsi artikel ini: