Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bukan setakat pasangan cantik sama padan, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel antara pasangan selebriti yang sangat dikagumi ramai. Pada awalnya kehidupan mereka sama seperti pasangan yang lain, bermula dengan lakonan akhirnya kini berubah bergelar usahawan yang berjaya.
TIDAK PUTUS ASA, BERJAYA MEMILIKI WISMA SENDIRI
Mana-mana usahawan pasti akan kongsikan resepi kejayaan yang sama iaitu jangan cepat mengalah dan sentiasa fokus mencapai matlamat yang diusahakan. Prinsip itu lah yang diguna pakai oleh mereka berdua sehingga kini berjaya memiliki wisma sendiri.
Berita gembira ini dikongsikan oleh Aeril menerusi laman instagram miliknya. Dia dilihat berkongsikan dengan peminat pengalaman serta liku-liku hidup selama mengusahakan produk bersama isteri, Wawa Zainal.
KERJA DARI RUMAH DARI AWAL
Bukan senang untuk jadi senang. Merasai perkongsian Aeril ini ternyata usaha mereka berbaloi. Aeril memberitahu bahawa mereka pada awalnya hanya bermula dari rumah. Wawa menjadi tukang ambil order dengan pelanggan melalui aplikasi whatsapp, kemudian mencatat semua pesanan itu.
MEMILIKI 20 ORANG STAF DAN 1000 RESELLER
Manakala, tugas Aeril pula sebagai runner memastikan semua pesanan diserahkan kepada pihak poslaju. Bermula dengan berdua, kini mereka memiliki hampir 20 orang staf tetap dan hampir 1000 reseller yang menjadi tunjang produk mereka, wawacosmetics.
Aeril turut memperlihatkan meja makan di mana tempat mereka berdua berkerja sebelum mencapai kejayaan kini. Betul lah kata pepatah bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. Yang penting tidak lupa kepada Maha Kaya yang memberi pinjaman rezeki ini.
NETIZEN TURUT TERUJA KEJAYAAN AERIL DAN WAWA
Melihat ke ruangan komen instagramnya, ramai pengikut turut merasai kegembiraan yang diraih pasangan romantis ini. Peminat rata-rata meninggalkan ucapan tahniah buat Aeril dan Wawa dan mendoakan agar perniagaan diusahakan bertambah maju.
Jadi, kepada masyarakat di luar sana, jadikan perkongsian pasangan ini sebagai suatu inspirasi bukan hanya mengejar harta dunia, malah hubungan sesama mereka yang sentiasa bahagia serta perniagaan yang diredhai oleh agama.
Sumber: instagram Aeril Zafril