Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tunduk ke bumi! Berlakon bukan jadi kaya, Nabila Huda akui menang anugerah bukan untuk demand

Pelakon Nabila Huda tak perlu diperkenalkan lagi. Cukup dengan memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik membuktikan dirinya seorang yang sangat berbakat di pentas kamera. Bagi segala jenis watak bermula antagonis hingga lah bertutup litup sudah pasti ianya berjaya dimainkan.

Sumber Instagram

BERLAKON KERANA MINAT, BUKAN KEJAR DUIT SEMATA-MATA

Anak kepada rockers terkenal, Amy Search ini berkongsikan yang dirinya tidak mengejar wang ringgit. Baginya kekayaan tidak membawa makna apa-apa dalam kehidupan. Nabila Huda berkecipung dalam industri ini adalah atas dasar minat.

Sumber Instagram

MENANG BANYAK ANUGERAH TETAPI TIDAK NAIKKAN HARGA BAYARAN

Nabila Huda yang lebih selesa disapa sebagai Abil menjelaskan, meskipun pelbagai anugerah yang telah dimenanginya, itu tidak menjadikan ia sebagai satu peluang untuk menaikkan harga bayaran dalam seni lakonan. Biarlah orang menilai sendiri usaha yang dilakukannya.

Sumber Instagram

Abil juga ada berkongsikan pengalaman, sekiranya ada pihak produksi yang menawarkan harga yang terlalu rendah, baru lah dia membuka mulut untuk menilai semula harga tersebut. Tambahnya, Abil akan mendapatkan bayaran lebih hanya untuk wardrobenya.

BILA KAYA TANGGUNGJAWAB MENJADI LEBIH BERAT

Di samping itu, Abil sebenarnya takut untuk menjadi kaya. Kerana tanggungjawab memegang duit banyak ini terlalu berat. Jelasnya, dia lebih selesa hidup bersederhana dan bahagia dengan apa yang dimiliki sekarang.

Sumber Instagram

TERKENAL DENGAN WATAK-WATAK BERAT

Dalam pada itu, artis berkulit sawa matang ini akur dirinya lebih gemar membawakan watak berat. Dia akan berasa lebih puas dan berbaloi dengan bayaran diterima berbanding melakonkan watak yang biasa.

Sumber Instagram

Konklusinya, tak semua artis mengejar populariti demi mengaut keuntungan semata-mata. Masih ada golongan yang ikhlas dalam bekerja dan menghasilkan karya bermutu tinggi melalui bakat sebenar. Apa pun semoga maju jaya buat Abil dan sentiasa kekal relavan dalam industri hiburan.

Kredit: mStar Online

Kongsi artikel ini: