Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kongsi kejadian Palestin & Syria, Que Haidar dipertikai betulkan keluarga ala barat terlebih dahulu

Umat Islam didatangkan dengan berita sedih mengenai kemelut yang melanda di bumi Syria dan juga Palestin. Ianya memberikan kita erti kesedaran betapa bertuahnya berada di Negara Malaysia yang masih aman dan makmur.

QUE HAIDAR TURUT MERASAI KESNGSARAAN BUMI PALESTIN DAN SYRIA

Kisah yang melanda di dua Negara tersebut mendapat perhatian Que Haidar apabila dia memuat naik perkongsian di Instagram miliknya tentang kesngsaraan yang dihadapi mereka. Que meluahkan rasa sedih dengan kejadian yang berlaku.

NIAT BAIK QUE DISALAH ERTI

Walau bagaimanapun, perkongsian baik dari Que Haidar ini mendapat respon negatif daripada individu yang tidak dikenali. Individu berkenaan menyelar pelakon lelaki terbaik ini dengan mengatakan yang Que tidak layak untuk bersuara sedemikian.

Individu berkenaan turut menyifatkan yang Que Haidar belum cukup Islamik untuk berkongsi hal sebegini. Ujar individu berkenaan lagi, dia meminta pelakon kacak ini perbetulkan isteri dan keluarga terlebih dahulu.

SIFAT KEMANUSIAAN TAK KENAL LATAR BELAKANG

Que Haidar dilihat tidak berdiam diri apabila memberi maklum balas dengan komen negatif tersebut. Que memberitahu bahawa tidak perlu jadi ustaz untuk memiliki sifat perikemanusiaan dan bersedekah juga tidak mengenal latar belakang walhal biarlah ikhlas dari diri sendiri.

NETIZEN LAIN MEMBERIKAN KATA SEMANGAT

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya yang lain memberi sokongan baik terhadap Que Haidar. Mereka turut berasa kesal dengan individu yang tidak bertanggungjawab ini dalam mengkaitkan hubungan keluarga seorang artis dengan isu kemanusiaan.

Kesimpulannya, andainya ada tersilap Que Haidar dalam berkongsikan dalam media sosial, tegur lah secara berhemah dan bukan memalukan dia dengan perkataan kurang baik. Bagi penulis, apa yang dikongsikan oleh Que adalah terbaik dalam membuka mata umat Islam tentang penjajahan.

Namun, sayangnya masih ada segelitir fikirannya yang dijajah dengan diri sendiri dan merasakan diri sentiasa di tempat yang betul.

Sumber: Instagram Que Haidar

Kongsi artikel ini: