Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pada tahun ini sahaja, nama Haneesya Hanee sering menjadi bualan ramai pihak. Isu gambar lututnya yang dikritik peminat, penampilan bertudung tetapi nampak paha, isu Hanee dan keluarga tinggal di rumah PPR, dan ada beberapa lagi kisahnya menjadi perhatian netizen.
BACA: Gara-Gara Muat Naik Gambar Lutut Berkeladak,Netizen Minta Haneesya Hanee Sental Dengan Berus
Tidak dinafikan, dengan berbekalkan wajah yang cantik, Hanee sering mendapat tumpuan ramai dalam dunia lakonan dan juga peragaan. Baru menjengah usia 19 tahun, pencapaiannya boleh dibanggakan kerana tak ramai yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengannya.
BACA: [Video] Ini luahan ibu Haneesya Hanee, netizen samakan hitam anaknya dengan HAJARUL ASWAD
HANEE MENCEBURI BIDANG NYAYIAN
Bermula dengan pencarian bakat Dewi Remaja 2018/2019, difahamkan Hanee bakal mengeluarkan singlenya sendiri. Pada awalnya dia berasa kekok dan tidak yakin dengan nyanyiannya. Namun dia gagahkan jua untuk mencabar diri untuk mencuba perkara baru.
BACA: Tak jaga sensitiviti,bukan salah saya! Haneesya Hanee enggan padam foto bertudung nampak peha
LAGU BERKISARKAN KEHIDUPAN PERIBADI
Hanee mengharapkan agar singlenya ini diterima baik oleh peminat. Memandangkan bait-bait lagu berdasarkan inspirasi kepada kehidupannya selama bergelar anak seni. Tambahnya, lagu ini bakal diduet bersama sebuah kumpulan yang dirahsiakan identiti buat masa ini.
JANGAN CEPAT SELESA DENGAN KERJAYA SEKARANG
Tambah Hanee, dia berani mencuba sesuatu yang mungkin diluar bidangnya kerana tidak mahu duduk di takuk yang selesa. Mungkin di masa hadapan, bakatnya sebagai model dan pelakon kurang relavan, jadi dengan nyanyian ini menambahkan lagi punca rezekinya.
LIRIK LAGU TIDAK MEMERLI MANA-MANA PIHAK
Dalam pada itu, singlenya itu bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Jelasnya lagi, lagu ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak atau memerli orang lain. Bagi Hanee, untuk menjadi seorang yang berjaya tidak perlu jatuhkan orang lain demi mendapat keberkatan rezeki.
PERKEMBANGAN TERBARU YANG LAIN
Di samping itu, perkembangan lain model berkulit eksotik ini bakal menyertai program Miss Pink Lady Asia (MPLA) pada Januari tahun depan. Konsep program ini adalah sama seperti America’s Next Top Model cuma ianya membariskan model dari seluruh Asia.
Semoga maju jaya buat Haneesya Hanee dengan projek terbarunya ini. Tiada yang mustahil untuk terus berjaya dalam kehidupan yang penting berani mencuba dan terus mencuba.
Kredit: Berita Harian Online