Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Ragu soal anak! Sumber Istana Kelantan dedah Rihana Oksana menolak 2 kali ujian DNA

Kemelut kisah rumah tangga Rihana Oksana sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia terutamanya. Sebelum ini, Rihana dilihat menyorokkan identiti anaknya iaitu Ismail Leon. Namun akhirnya dia akur apabila tampil berani dedahkan wajah anaknya kepada umum baru-baru ini.

Sumber Instagram

BACA: Tiada lagi rahsia, rupa macam Asia! Akhirnya Rihana Oksana dedah wajah sebenar anaknya

Dalam pada itu, dia juga dilihat mempertahankan haknya sebagai bekas isteri kepada Sultan Muhammad V apabila menfailkan petisyen nilai hartanah yang berjumlah RM 47 juta. Kenyataan itu didedahkan oleh Mail Online pada Oktober lepas.

BACA: Tuntut Hartanah RM47 Juta! Rihana Oksana fail petisyen tentukan DNA bapa kepada anaknya, Leon Ismail.

ISTANA KELANTAN MENAFIKAN ISMAIL LEON

Selepas mendedahkan wajah anaknya, Istana Kelantan melalui Daily Mail menafikan Ismail Leon mempunyai wajah dan keturunan dari Sultan Muhammad V. Gambar yang tersebar itu tidak membuktikan apa-apa secara biologinya.

Sumber Instagram

BACA: Ada udang disebalik batu! Jadikan anak untuk mengaburi mata. Ikuti kenyataan dari Istana Kelantan

DAILY MAIL MELAPORKAN RIHANA ENGGAN MELAKUKAN UJIAN DNA

Menurut sumber Istana Kelantan terbaru yang diberitakan oleh Daily Mail UK, sebenarnya Rihana Oksana enggan membuat ujian DNA bagi menentukan status anaknya itu. Bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan Rihana sebelum ini.

Sumber Daily Mail

Dalam pada itu, Daily Mail memberitahu yang Rihana menolak sebanyak dua kali untuk melakukan ujian tersebut sekali gus mengelirukan peguam yang dilantik oleh Sultan Kelanta dalam mengetahui status bayi berkenaan.

RIHANA RAGU-RAGU PADA AWALNYA

Tindakan Rihana ini disebabkan unsur ragu-ragu dalam dirinya berkaitan bapa kandungannya. Disebabkan itu lah dia menunggu sehingga Ismail Leon dilahirkan terlebih dahulu baru lah setuju untuk jalankan ujian DNA yang dimaksudkan.

Sumber Daily Mail

RIHANA MENAFIKAN KENYATAAN ISTANA

Kemudiannya setelah kenyataan dikeluarkan oleh Istana Kelantan kepada Daily Mail UK ini, Rihana mendedahkan bukti yang dia ada menghantar mesej peribadi kepada Sultan Kelantan melalui emel bertarikh 28 Mei selepas seminggu Ismail Leon dilahirkan.

Sumber Daily Mail

“Ini beberapa gambar Leon, menyerupai kamu. Tetapi, kalau kamu masih ragu-ragu saya bersedia untuk buat ujian DNA.

“Anak lelaki kita lahir pada bulan Ramadan, jadi saya maafkan kamu dan berterima kasih kerana memberikan Leon dalam hidup saya. Saya tak tahu kenapa kamu tiba-tiba berubah, tapi jika saya ada buat salah mohon maafkan saya.

“Demi bayi kita, jangan hantar peguam untuk berunding, saya bukan musuh,” Tulis Rihana dalam emel yang didedahkannya.

Sumber Instagram

Sama-sama kita doakan agar Sultan Muhammad V dilindungi sekiranya ada anasir-anasir luar yang cuba meruntuhkan institusi Di-Raja Kelantan. Diharapkan kemelut yang melanda dapat dileraikan secara baik.

Sumber: Daily Mail UK

Kongsi artikel ini: