Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Penunggang agama, isteri sarat mengandung! Da’i Farhan perjelas surat terbuka berkahwin Mak Jan

Baru semalam netizen didatangkan dengan berita juara rancangan dakwah Da’I musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad berkahwin sekali lagi. Menurut juara Da’i ini, isteri pertamanya mengizinkan dia berkahwin dengan seorang ibu tunggal anak lapan.

Sumber Instagram

ISTERI PERTAMA TABAH DAN KUAT

Da’I Farhan memberitahu yang mereka berkahwin di tanah suci Mekah. Perkhabaran ini diwar-warkan menerusi laman instagram miliknya dua hari lepas sebagai tanda syukur dengan keluarga yang dibinanya atas restu isteri yang pertama.

Sumber Instagram

PERKAHWINAN TIDAK DIRESTUI ISTERI PERTAMA

Namun disebalik cerita bahagia Da’I Farhan ini, tiba-tiba muncul pula cerita yang tak enak dari seorang pengguna Facebook yang hanya dikenali sebagai Ches Al-Maliki. Menurut Ches, dia memberitahu perkahwinan Da’I Farhan adalah tidak direstui seperti dikata.

Sumber Facebook

GUNAKAN AGAMA, ISTERI SARAT MENGANDUNG

Mereka berkahwin dalam diam beberapa bulan yang lalu. Jelasnya Farhan mempergunakan agama untuk menutup segala kisah disebalik apa yang berlaku. Walhal pada ketika mereka berkahwin, isteri pertamanya, Fatin mengandung anak ke-2.

Sumber Facebook

CUBA AJAK BERJUMPA DAN NASIHAT

Dalam pada itu, Ches ada berjumpa dan cuba menasihati Farhan namun sebaliknya berlaku. Tujuan dia membuka kisah ini adalah kerana kasihankan Fatin yang juga kawan baiknya. Dia juga malu dengan golongan penunggang agama.

Sumber Facebook

 

Sumber Facebook

HANYA KERANA TAK AMBIL ASB, TAK PASAL PASAL CERITA LAIN YANG DIBUKANYA

Sejurus dengan kisah yang tular ini, Da’i Farhan tidak berdiam diri. Beberapa jam yang lepas dilihat dia menceritakan semula kisah kemelut yang berlaku antara dia,isteri pertama dan juga Ches. Jelas Farhan, ini semua angkara rasa tak puas hati.

Sumber Instagram

Dia melarang Fatin untuk mengambil ASB Financing CIMB dengan Ches dan disebabkan rasa itulah Ches mula menyebarkan kisah yang tak sepatutnya kepada umum. Disertakan juga perbualan whatsapp antara Fatin dan Ches agar tidak membuka aib mana-mana pihak.

Terdahulu Da’i Farhan ada memberitahu yang dia bukan sengaja mencari cinta. Tetapi jodohnya dipertemukan isteri keduanya di Tanah Suci Makah. Dia juga hanya berhasrat untuk membantu kebajikan wanita berkenaan yang berada dalam kesusahan.

Sumber Instagram

Apa pun kita jangan cepat menghukum. Sama sama lah kita doakan agar hubungan Da’i Farhan bersama isteri-isterinya berada dalam rahmat Tuhan. Semoga mahligai yang dibina memberi kebahagiaan buat mereka.

Sumber: Facebook, Instagram Da’i Farhan

Kongsi artikel ini: