Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jangan membazir untuk cantik! Ruhainies dedah hanya habiskan RM2K sebulan untuk penjagaan diri

Penampilan diri dan penjagaan wajah sangat sinonim dengan golongan wanita. Mereka sanggup berhabis duit gaji semata-mata ingin sentiasa kelihatan cantik di mata umum. Namun, mereka tidak sedar sikap sebegini boleh menjerat mereka ke kancah kewangan.

RUHAINIES KEKAL CANTIK TANPA BERBELANJA MAHAL

Siapa yang tak kenal dengan kembar Nora Danish, iaitu Ruhainies. Nama sebenarnya ialah Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas yang kini berumur 27 tahun. Selebriti kecil molek ini ada mendedahkan bahawa dirinya tidak mengikut perasaan dalam kekal cantik.

Sumber Instagram

‘HANYA’ RM 2,000 SEBULAN UNTUK KEKAL CANTIK

Akui pelakon Hello, Mr. Perfect! Ini dia langsung tidak berbelanja mahal seperti wanita lain untuk penampilan diri. Dia hanya memperuntukkan sekitar RM 2,000 sebulan bagi penjagaan diri bermula pangkal rambut hingga lah hujung jari kaki.

Sumber Instagram

GUNA PRODUK BIASHE BIASHE JE

Jelas Ruhainies, ramai golongan wanita beranggapan bahawa perlu membeli produk mahal untuk jaga kulit untuk kekal cantik. Sebenarnya itu salah sama sekali. Dia bersyukur memiliki kulit yang tak lokek, dan hanya gunakan produk biasa sahaja agar tampil menawan.

TIADA RAHSIA KECANTIKAN, HANYA LAKUKAN AKTIVITI RENANG

Ramai yang bertanyakan tip kecantikan daripadanya. Walau bagaimanapun, dia sendiri tiada resepi untuk itu semua. Amalanya adalah berenang untuk kesihatan dalaman manakala untuk kekal langsing, dia langsung tidak amalkan apa-apa kerana memiliki metabolism yang tinggi.

Sumber Instagram

LUANGKAN MASA UNTUK URUT DAN SPA

Tambah Ruhainies lagi, rutin lain yang dia kerap lakukan adalah meluangkan sedikit masa untuk mengurut dan spa. Untuk permakanan, dia langsung tidak mengawalnya, kadang-kadang pernah makan nasi pada jam 2 ke 3 pagi.

Sumber Instagram

Seperti yang kita ketahui, tahap metabolism badan akan menurun seiring dengan usia. Jadi, pada ketika peringkat umur di tahap sepatutnya baru lah Ruhainies akan lebih berjaga-jaga dalam penjagaan makanan.

Sumber Instagram

Natijahnya, setiap individu memiliki cara penjagaan berlainan seiring dengan kesesuaian tubuh badan. Tidak salah menghabiskan duit demi kecantikan tetapi biar lah berpada-pada dan mengikut kemampuan. Takut nanti tengah bulan dah mula ikat perut.

Kredit: Harian Metro

Kongsi artikel ini: