Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tiada angin tiada ribut, Nur Sajat dikejarkan ke hospital bersalin! Mengejutkan ramai netizen

Tak habis lagi dengan kisah usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang sering menimbulkan gosip dan buah mulut netizen. Boleh dikatakan seorang yang hati kering, Sajat dilihat tidak kisah dengan tomahan yang dilemparkan ke atasnya.

Sumber Instagram

ABAI FIKIRAN TOKSIK SESETENGAH PIHAK

Walau pun pelbagai cerita yang netizen perkatakan kepadanya, enggan megulas panjang Sajat mengambil keputusan menutup mulut dengan fikiran toksik sesetengah pihak.

Sumber Instagram

DIKEJARKAN KE HOSPITAL

Terbaru, Sajat sekali lagi menarik perhatian warganet apabila dikejarkan ke hospital. Momen tersebut dapat dilihat menerusi perkongsian di laman instagram miliknya dengan gambar dan videonya disuntik oleh doktor.

 

View this post on Instagram

 

Tq docter azriq…

A post shared by nursajat (@nursajat23) on

WARGANET BINGUNG TUJUAN SAJAT KE HOSPITAL KHUSUS UNTUK IBU MENGANDUNG

Dilaporkan, Sajat akan menjalani pembedhan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Naluri, Kuala Lumpur. Sekali gus membingungkan lagi netizen kerana difahamkan hospital tersebut kebiasaannya dikunjugi oleh ibu mengandung dan tujuan untuk bersalin.

Sumber Instagram

TAK PUAS HATI, NAK LAGI CANTIK

Menjengah ke ruangan komen dan meneliti videonya, sebenarnya Sajat ingin mendapatkan rawatan untuk muka. Dia ingin memindahkan lemak di bahagian paha ke tulang pipi agar kelihatan lebih cantik dan anjal terutamanya.

Sumber Instagram

JADI BUAH MULUT NETIZEN

Apa sahaja yang dilakukan oleh usahawan terkenal ini pasti akan ada hal yang ingin dibawangkan oleh netizen. Menjengah ke ruangan komen, ada yang sempat memerli bertanyakan Sajat ingin melakukan pembedhan rahim bagi tujuan mengandung.

Sumber Instagram

Ada yang turut berpendapat bahawa Sajat tidak bersyukur dengan wajah cantik yang dimiliki. Walau dah tegang tapi masih ingin melakukan pembedhan.

Sumber Instagram

Namun, tak semua yang suka berpandangan negatif. Ada peminat yang turut mendoakan agar dia dipermudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan nanti. Sajat dilihat tampil positif dengan melayan sahaja komen netizen.

Kesimpulannya, jelas lah bahawa Sajat dibawa ke hospital bersalin bukan tujuan untuk rawatan kesuburan tetapi ingin mendapat rawatan kecantikan. Apa yang penulis ingin tekankan adalah bersyukur dengan apa yang kita miliki kerana kecantikan tidak akan kekal lama.

Sumber: Instagram Nur Sajat

Kongsi artikel ini: