Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak canang satu dunia! Nazrief Nazri dipuji, ambil keputusan kahwin dalam diam. Kejutkan ramai peminat

Mungkin namanya tak semegah Syafiq Kyle ataupun Fattah Amin. Nazrief Nazri atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief bin Mohamad Nazri antara pelakon yang memiliki latar belakang yang bukan kaleng-kaleng.

Nazrief memasuki industri hiburan menerusi pencarian bakat Hero Remaja bagi sesi 2011/12 dan menjadi top 23 finalis rancangan tersebut. Dia dilahirkan pada 19 Oktober 1991 di Seremban, Negeri Sembilan.

BUKAN KALENG-KALENG, MEMILIKI DOUBLE DEGREE

Apa yang membanggakan adalah hero kacak Seri Menanti ini memiliki ijazah berkembar dalam Sarjana Muda Operasi Maritim dari Malaysian Institute of Maritime Engineering Technology (UniKL Mimet) dan Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT).

TAK CANANG DI MEDIA, SAH BERGELAR SUAMI

Alhamdulillah, dalam diam-diam aktor ini telahpun merancang untuk mendirikan rumah tangga dan petang tadi, Nazrief selamat bergelar suami kepada seorang model muslimah yang dikenali sebagai Aizatul Aqma Hamdan.

PERKENALAN HAMPIR SETAHUN YANG LALU

Mereka melangsungkan perkahwinan di Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa, Kuala Lumpur. Akui Nazrief, mereka berdua telahpun mengenal hati budi masing-masing sejak setahun yang lalu. Kemudiannya merasakan ada keserasian, mereka mengambil keputusan untuk mempercepatkan perkahwinan.

MEMENUHI TUNTUTAN AGAMA

Menurut Nazrief lagi, mereka sengaja tidak menghebohkan perkahwinan ini untuk memenuhi tuntutan wajib agama iaitu akad nikah. Dan dengan perkhabaran ini semestinya mengejutkan ramai pihak terutama peminatnya kerana tiada langsung pengumuman dibuat untuk berkahwin.

Dalam majlis ini, Nazrief menyerahkan mas kahwin kepada pihak pengantin perempuan berjumlah RM80 dan menghadiahkan wang hantaran sebanyak RM15,000. 3 hantaran turut diberikan dan dibalas lima oleh pengantin perempuan.

Tahniah penulis ucapkan kepada Nazrief Nazri dan pasangan. Semoga dengan ikatan yang dibina ini berkekalan sehingga ke akhir usia. Diharapkan juga agar masing-masing dapat memikul tanggungjawab yang baru sebaik mungkin.

Kredit: Harian Metro

Kongsi artikel ini: