Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Rasa tak tertahan! Elly Mazlein dedah bakal adakan majlis kedua, bertunang dalam masa terdekat

Seperti dihebohkan oleh media tempatan, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi bakal menamatkan zaman solo dengan jejaka yang berasal dari Kelantan. Dikatakan jejaka yang berjaya memikat hatinya itu jauh 10 tahun lebih muda darinya.

Sumber Instagram

BAKAL SUAMI MERANCANG LIMA MAJLIS

Dalam kenyataan sebelum ini, Elly Mazlein atau lebih selesa menggelarkan diri Kak Lina Pom Pom memberitahu, bakal suami merancang untuk mengadakan lima majlis. Bermula dengan merisik, bertunang, berinai, bernikah dan akhir sekali bersanding.

Sumber Instagram

BACA: 5 majlis ini dirancang bakal suami! Elly Mazlein dedahkan bakal tamatkan zaman MAK JAN

SELESAI MAJLIS PERTAMA, MAJLIS MERISIK

Hampir sebulan yang lalu, Kak Lina telahpun mengadakan majlis yang pertama. Ibu kepada anak satu ini selamat dirisik oleh bakal suami yang dikenali sebagai Azlan. Meskipun majlis merisik, boleh dikatakan majlis yang berlangsung gah bagaikan raja sehari.

Sumber Instagram

BACA: Majlis penuh gah! Setelah 4 tahun jadi Mak Jan, akhirnya Elly Mazlein selamat dirisik bakal suami

MAJLIS PERTUNANGAN DALAM BULAN DISEMBER

Dalam perkembangan terbaru, Kak Lina menjelaskan bakal melangsungkan majlis kedua mereka iaitu pertunangan pada pertengahan bulan Disember depan. Tidak mendedahkan tarikh yang tepat, dia hanya menjemput ahli keluarga terdekat memandangkan ianya diadakan secara tertutup.

Sumber Instagram

MAJLIS YANG LEBIH BESAR UNTUK AKAD NIKAH DAN RESEPSI

Ramai yang  persoalkan majlisnya itu, Kak Lina memberitahu yang dia bukan tak ingin menjemput ramai pihak. Ianya sekadar majlis pertunangan dan mereka mengambil keputusan untuk meraikan secara besaran di hari akad nikah dan juga resepsi kelak.

MENGELAK MENDEDAHKAN IDENTITI SUAMI

Apabila semuanya berjalan dengan lancar, keputusan muktamad sudah pun diketahui, Kak Lina akan membuka mulut tarikh untuk akad nikah pula. Bergurau tentang pasangan, Kak Lina masih mengelak untuk mendedahkan identiti sebenar bakal suaminya, Azlan.

Sumber Instagram

Sama-sama kita nantikan identiti bakal suami Kak Lina ini dan doakan agar majlis yang bakal diadakan berjalan dengan sempurna. Semoga ikatan yang bakal dibina memberi seribu satu erti dalam kehidupan mereka berdua.

Kongsi artikel ini: