Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nabil Ahmad tidak asing lagi dalam dunia lawak tanah air. Anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini memulakan kerjaya seni melalui pencarian bakat Raja Lawak musim kedua dan menjadi johan dalam pertandingan tersebut.
SEORANG PELAWAK YANG VERSATIL
Setelah bakatnya dicungkil, rezekinya bercurah-curah dengan mendapat tawaran berlakon dan juga persembahan dalam pelbagai rancangan TV. Bukan setakat itu sahaja, Nabil juga diberi peluang mengacara rancangan hiburan diminati ramai iaitu MeleTOP dan Gegar Vaganza.
PENYAMPAIAN TERLAMPAU OVER
Ketika menjadi pengacara untuk Gegar Vaganza, ramai yang cuba membandingkan Nabil dengan rakan artis Alif Satar. Ada sesetengah pihak mengkritik gaya penyampaian pelawak terkenal ini terlampau over dan syok sendiri.
SAYA TAK BOLEH JADI SEPERTI ALIF
Sejurus selepas itu, Nabil tampil memberitahu bahawa setiap individu mempunyai kelebihan masing-masing. Dia akui yang dirinya tak mampu untuk menjadi seperti Alif Satar dan begitu lah sebaliknya. Nabil ada kekuatan tersendiri dalam mengawal audien ketika mengacara, sama juga dengan Alif.
Sejak wujudnya Gegar Vaganza selama 6 tahun di kaca TV, kita sudah pun terbiasa dengan lawak jenaka penyampaian Nabil dan Jihan Muse kepada penonton. Dan takkan secara tiba-tiba dia perlu ubah gaya penyampaian seperti Alif. Perkara itu boleh jadi propa.
TETAP AKAN JADI DIRI SENDIRI
Dalam pada masa yang sama, Nabil menjelaskan dia tetap akan jadi diri sendiri tetapi biar lah mengikut kehendak dan terma rancangan Gegar Vaganza. Namun, penonton berhak untuk bersuara dalam memberikan pendapat dan dia terima dengan hati terbuka.
ADA SYARIKAT PENERBITAN SENDIRI
Sebagai rekod, Nabil Ahmad merupakan standup comedian paling terkenal di Malaysia. Bukan sekadar jadi pak lawak, Nabil dalam diam ada menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri iaitu Nabil Production.
Peminat hanya nampak sisi bahagia Nabil tetapi ada yang tidak tahu bahawa dia pernah melakukan pelbagai kerja selepas tamat SPM untuk membantu menyara keluarga. Dia pernah jadi mat despatch, menjual nasi lemak, kerja kilang dan juga mekanik.
Apa pun, jangan pernah merungut dengan setiap rezeki yang kita terima. Janji Tuhan itu pasti bahawa setiap kesusahan akan diberi ganjaran pada akhirnya. Semoga maju jaya buat Nabil Ahmad dalam bidang yang diceburinya dan sentiasa kekal relavan dalam industri hiburan tanah air.