Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Demi masa depan anak! Datuk Red beri gambaran pengakhiran hubungan bersama isteri, Adira

Nama Adira Suhaimi menjadi topik hangat sejak awal Oktober lepas berikutan kisah rumah tangganya bersama suami, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih selesa disapa Datuk Red dikatakan mengalami masalah.

DAFTAR PENCRAIAN TANPA PENGETAHUAN SUAMI

Mereka berdua juga dilaporkan tidak lagi tinggal sebumbung. Baru-baru ini, Adira telah mendaftarkan fail perpisahan terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak. Namun ianya tidak diketahui Datuk Red.

BACA: Alami nasib yang sama! Adira failkan permohonan di mahkamah untuk Datuk Red namun ditolak

DATUK RED BERI GAMBARAN HUBUNGAN KEMBALI PULIH

Terbaru, Datuk Red memuat naik gambar paparan skrin perbualan seorang wanita di instastory yang hanya dikenali sebagai Fira mengatakan bahawa isterinya, Adira bakal menarik semula permohonan pencraian yang didaftarkan sebelum ini.

Sumber Instagram

PENGORBANAN DEMI KASIH SAYANG ANAK

Dalam mesej perbualan itu memberitahu bahawa tindakan menarik balik permohonan adalah kerana masa depan anak-anak. Sekali gus ianya menggambarkan hubungan mereka berdua akan kembali bersatu.

MASIH JALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ISTERI

Dalam kenyataan sebelum ini, Datuk Red ada memberitahu yang dia masih sayangkan Adira dan akan berusaha untuk memujuk agar isterinya kembali ke pangkuan. Adira sebelum ini turt mengakui yang dia masih menghormati Datuk Red sebagai suami.

Berikutan ditanya soal tinggal sebumbung, Adira mengelak dari menjawab perihal tersebut bagi mengelak isu berbangkit dan hanya mengakui selagi bergelar isteri, dia akan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.

Adira mengambil keputusan untuk tidak membuka apa-apa cerita berkisar rumah tangga mereka memandangkan masih lagi dalam proses. Sebelum ini Adira memfailkan permohonan melalui kaedah hakam.

BACA: Beranak bukan untuk bagi orang! Adira tampil pertahankan hak sekiranya perpisahan jalan terakhir

Perlantikan pegawai mahkamah sepatutnya berlangsung 9 Oktober lepas namun ianya ditangguhkan ke 17 Disember bagi sebutan semula kes.

Adira adalah isteri kedua Datuk Red yang mana mereka berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Sama-sama kita doakan agar kisah Adira dan suami menemui jalan penyelesaian yang baik. Semoga ikatan perkahwinan masih lagi dapat diselamatkan. Biarpun bukan mudah untuk membuat keputusan, jadikan anak sebagai penguat semangat kisah cinta.

Sumber: Instagram Datuk Red

Kongsi artikel ini: