Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Walaupun tidak memenangi dengan gelaran wanita paling cantik, sekurang-kurangnya ada selebriti dari Negara kita dapat mewakili nama Malaysia tercalon. Baru-baru ini telah diadakan undian bagi Wajah Paling Cantik Di Asia 2019 bagi kategori lelaki dan juga wanita.
LISA BLACKPINK WANITA PALING CANTIK DI ASIA
Penilaian dibuat bagi menentukan selebriti di Asia yang manakah mendapat lebih perhatian di mata peminat. Dan keputusan undian memihak kepada penyanyi kpop terkenal dunia iaitu Lisa Blackpink untuk Wajah Wanita Paling Cantik Di Asia 2019.
XU LELAKI PALING CANTIK DI ASIA
Manakala, bagi Wajah Lelaki Paling Cantik Di Asia 2019 dirangkul oleh selebriti dari Negara Tembok Besar China iaitu Xuao Zhan.
SHILA AMZAH HARUMKAN NAMA NEGARA
Seperti penulis katakan dari awal, meskipun kalah kepada Lisa, sekurang-kurangnya artis kita tercalon dalam kategori tersebut. Shila Amzah merupakan penyanyi dari Malaysia yang turut senarai dalam 100 Wanita Paling Cantik Di Asia untuk tahun 2019.
AKTIF SEJAK KECIL
Nama sebenarnya ialah NurShahila Amir Amzah dan dilahirkan pada 13 Ogos 1990. Sejak dari kecil lagi, Shila ini sudah pun bergiat aktif dalam industri muzik mengikut jejak langkah ayahnya, yang terkenal dengan panggilan ND Lala.
MULAKAN KERJAYA DI PENTAS ANTARABANGSA
Album pertama yang dikeluarkannya adalah Terima Kasih Guru yang mana ketika itu dia baru sahaja berusia 10 tahun. Lebih membanggakan, Shila Amzah mula dikenali di pentas antarabangsa setelah menjuarai pertandingan Asian Wave musim pertama di Shanghai, China.
Sejak bergelar juara pertandingan tersebut, Shila Amzah mendapat kemahsyuran di Negara China. Dia merupakan satu-satunya penyanyi Malaysia yang mempunyai jualan lagu mandarin paling tinggi di tiga Negara, iaitu China, Taiwan dan juga Hong Kong.
Oleh itu, tidak hairan lah sekiranya Shila Amzah tercalon dalam kategori ini. Dia bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik malah diikuti bakat nyanyian yang sungguh hebat. Sehingga kan mempunyai ramai peminat di serata Negara.
SENARAI PENUH 100 WANITA PALING CANTIK DI ASIA:
Tahniah penulis ucapkan buat Shila Amzah. Semoga dengan pencalonan ini menambahkan lagi rezeki buat dirinya dan terus maju dalam bidang yang diceburi.
Kredit: The Star