Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Hadapi saat sukar! Tak tunggu lama, Aliff Aziz tampil buka mulut kemelut yang sedang melanda dirinya

Kontroversi yang menimpa aktor Aliff Aziz masih menjadi topik hangat. Al kisah bermula tersebarnya video dia ditahan oleh pihak berkuasa Singapura. Dalam rakaman terlihat Aliff terbaring di atas jalan sambil menjerit memanggil ayahnya.

Menurut laporan, penahanan aktor berkenaan berpunca dari mabuk dan mengganggu ketenteraman awam. Walau bagaimanapun semalam ibunya S Hafiza mengeluarkan kenyataan keadaan Aliff kini berada dalam baik-baik sahaja.

ALIFF AZIZ TAMPIL BERSUARA

Tidak menunggu lama, selepas sehari dibebaskan dari tahanan, Aliff Aziz tampil kepada umum mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mendoakan kebaikan dan juga tak serik memberi semangat untuknya.

TAHUN YANG PENUH LIKU BUAT ALIFF

Rakaman Aliff Aziz itu dikongsikan menerusi laman facebook ibunya iaitu S Hafiza Basharahil ketika mereka sekeluarga berada di medan makan. Tidak dinafikan tahun 2019 merupakan tahun yang penuh liku buat penyanyi yang terkenal dengan lagu Sayang Sayang ini.

“Just a small gesture from all of us to all of you who has given us the strength and motivate us unconditionally … may allah bless always aamiin yra..” Tulis ibunya, S Hafiza di laman facebook.

TAK SEDAR DENGAN APA YANG BERLAKU

Dalam video yang dimuat naik, Aliff memberitahu yang dia sudah pun tak ingat dengan apa terjadi waktu itu. Tiada apa yang perlu dia jelaskan lagi tambahan sudah banyak perkara yang dihebohkan berkaitan penahanan dirinya.

Cuma dia merasakan lemah semangat dalam tempoh ini. Memandangkan pelbagai ujian yang dilalui sejak awal tahun. Apa yang pasti, dia perlu kuat untuk meneruskan kehidupan, jangan terlampau ikut emosi.

ABAIKAN KOMEN NEGATIF, PAHALA UNTUK DIRINYA

Seorang selebriti tidak dapat lari dari komen-komen kurang enak netizen. Enggan mengulas hal tersebut, Aliff menganggap komen negatif adalah pahala untuk dirinya di akhirat kelak meskipun tak buat baik di dunia.

Konklusinya, sama-sama kita doakan agar Aliff Aziz dikuatkan semangat dalam mengharungi kehidupan. Sebagai masyarakat yang bertamadun, hormati individu yang sedang hadapi masalah. Beri komen dan nasihat yang berfaedah berbanding ucapan yang boleh menyinggung perasaan.

Sumber: Facebook S Hafiza Basharahil

Kongsi artikel ini: