Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sejak semalam, peminat seni hiburan digemparkan dengan penyebaran rakaman video klip berhubung seorang artis lelaki ditahan pihak berkuasa Singapura. Artis yang dimaksudkan adalah Aliff Aziz yang mana dilihat meraung dan memanggil nama ayahnya ketika ditahan.
BERADA DALAM KEADAAN MABUK DAN MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM
Dikatakan punca penahan artis berkenaan adalah disebabkan mengganggu ketenteraman orang awam yang mana dirinya pada ketika itu berada dalam pengaruh mabuk.
VIDEO YANG TULAR SEJAK SEMALAM
ALIFF TELAH PUN DIBEBASKAN
Namun penahanan itu tidak lama apabila dikhabarkan Aliff Aziz sudahpun dibebaskan. Berita baik tersebut dijelaskan sendiri oleh ibunya, S Hafiza Basharahil menerusi laman instagram. Tambah S Hafiza, keadaan Aliff dalam keadaan baik-baik sahaja.
Dia menjelaskan lagi apa yang berlaku ke atas Aliff pasti ada sebabnya dan hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia juga sempat mengucapkan ribuan terima kasih bagi peminat yang menitipkan doa yang baik-baik buat anaknya.
NETIZEN JANGAN CEPAT MENGHUKUM
Tambah S Hafiza, dia meminta agar orang ramai jangan terlalu cepat menghukum Aliff tanpa usul periksa. Maklum lah mereka sekeluarga berada dalam keadaan sulit. Sama-sama kita menghormati permintaan keluarga Aliff ini.
Dengan penularan video penahanan Aliff semalam telah mengundang seribu satu andaian. Ada pihak yang menyifatkan ia adalah sekadar gimik dari pihak Aliff untuk untuk meraih publisiti. Ini lah yang perlu dihadapi oleh seorang selebriti.
Sedangkan berbuat baik pun dipandang serong oleh sekeliling. Semoga Aliff Aziz dan keluarga berada dalam keadaan baik sahaja. Sama-sama kita doakan agar Aliff diberi kekuatan agar terus kuat menempuhi dugaan yang menimpa dirinya.
Sumber: Instagram S Hafiza