Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sasha Saidin merupakan kakak kepada Zain Saidin pernah digilai ramai remaja sewaktu awal kemunculannya bersama kumpulan Elite. Memandangkan dia antara penyanyi melayu berdarah kacukan membuatkan dirinya lebih menonjol berbanding anggota yang lain.
DUA KALI GAGAL PERKAHWINAN
Untuk pengetahuan umum, Sasha pernah berkahwin pada 21 Jun 2003 dengan jejaka Inggeris iaitu Jason Skinner atau nama Islam Johan Abdullah Skinner. Namun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila membawa haluan masing-masing empat tahun kemudian.
Hal tersebut tidak mematahkan semangat selebriti cantik ini apabila dia berkahwin dengan seorang warganegara Indonesia iaitu Salyo pada tahun 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia 3 tahun.
KESEMPITAN DUIT RUMAH TANGGA TERLERAI
Sekali lagi rumah tangga Sasha diuji. Salyo dan Sasha dilihat tidak sehaluan dan mengambil keputusan untuk berpisah pada 10 Julai 2012. Sasha ada megeluarkan kenyataan punca mereka tidak boleh bersama adalah disebabkan kesempitan duit.
Memandangkan mereka berdua juga sering berjauhan di mana Salyo berada di Indonesia manakala Sasha di Malaysia. Tambah Sasha, Salyo tidak dapat memberikan nafkah yang baik buat dirinya dan juga Adam.
BAKAL TAMATKAN ZAMAN SOLO 2020
Bakal mendirikan perkahwinan ketiga, Sasha memberitahu bahawa dirinya bakal berkahwin dengan jejakan pilihan pada tahun hadapan. Tidak malu untuk mengaku, bakal suami juga merupakan seorang duda yang hanya ingin diperkenalkan sebagai Mr. W.
HANYA ADAKAN MAJLIS YANG RINGKAS DI IBU KOTA
Sasha tidak dapat memberikan tarikh yang tepat buat masa sekarang memandangkan Mr. W sibuk dengan urusan kerja di luar Negara. Apa yang boleh dia jelaskan majlis yang bakal diadakan adalah dalam keadaan sederhana sahaja.
RAMAI YANG MULA TAWAR PENAJAAN MAJLIS
Pada awalnya dia enggan menghebohkan namun ramai pula yang dapat menghidu dan mula bertanya. Sejurus mengetahui perihal ini, ramai pihak yang menawarkan untuk menaja majlis resepsi mereka kelak. Sasha dan pasangan bersifat terbuka dan berterima kasih atas tawaran penajaan.
Disapa kehidupan selepas berkahwin, Sasha memberitahu yang dia akur mengikut kemana suaminya berada memandangkan itu adalah tanggungjawab seorang isteri. Dia dan Mr. W akan berpindah ke Timur Tengah sejurus selesai perkahwinan.
Walau bagaimanapun, itu bukan lah penghalang buat dirinya daripada berhenti dalam dalam dunia seni. Dia tetap akan berulang alik ke Malaysia sekiranya menerima tawaran kerja dari mana-mana pihak.
Tahniah diucapkan kepada Sasha dan pasangan. Semoga perkahwinan kali ketiga ini memberi seribu satu erti dalam rumah tangga yang dibina dan kekal bahagia sehingga ke anak cucu.
Kredit: Harian Metro, Instagram Sasha Saidin