Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sebelum ini kita sering dengar kisah kontroversi usahawan kosmetik terkenal iaitu Nur Sajat. Dia mendapat perhatian netizen gara-gara sikap terbukanya di laman sosial. selain itu, dia juga suka menayangkan badan sehingga menjadi buah mulut orang ramai.
KEMELEUT STATUS JANTINA
Selain dari status jantina sehingga kini menjadi tanda tanya, Sajat mengambil langkah berdiam diri untuk tidak memanjangkan keadaan meski pun pelbagai cara sudah dia tunjuk sebagai bukti dirinya adalah wanita tulen.
SAJAT HARGAI KASIH SAYANG IBU, HADIAHKAN TELEFON PINTAR
Tak semua perkara kita perlu pandang negatif. Sajat juga mempunyai sisi baiknya. Terbaru, usahawan kosmetik ini berkongsikan momen terindah dengan menghadiahkan ibu kesayangan sebuah telefon pintar.
Sajat memberikan ibunya telefon android berikutan sebelum ini asyik mengadu telefon rosak sehinggakan sukar untuk mereka berdua berhubung.
IBUNYA BUKAN JENIS MEMINTA
Menurut Sajat, ibunya bukan lah jenis yang suka meminta biarpun tahu anaknya seorang yang berharta. Ibunya lebih suka berkongsi, mengadu masalah yang dihadapi. Jadi, sebagai anak faham-faham sendiri lah cara untuk melegakan perasaan ibu.
Tambahnya lagi, ibu adalah seorang yang tak boleh duduk diam. Bila datang melawat anaknya, pasti akan ada sahaja kerja yang dilakukan seperti kemas rumah dan mop lantai.
SENTIASA HORMAT DAN SAYANG ORANG TUA
Tidak melepaskan peluang, dalam video yang dikongsikan, Sajat berpesan kepada netizen agar sentiasa menghargai ibu bapa selagi mereka masih ada. Doa mereka yang menyebabkan anak-anak berjaya di dunia dan juga akhirat.
KREDIT VIDEO:
Paling tidak, kalau duduk berjauhan sekali pun hubungi lah sekali sekala. Jika ada kelapangan lebih baik jenguk mereka di kampung. Takut nanti tak sempat untuk berbakti kepada orang tua.
Menjengah ke ruangan komen, netizen memuji sikap Sajat ini. Bila dah senang tidak dilupakan kepada orang tuanya. Ibu dan ayah tidak mengharapkan barangan mahal dari seorang anak. Yang penting tanda ingatan sebagai seorang anak.
Semoga perkongsian dari Sajat ini memberikan inspirasi buat kita semua dan membuka mata dalam menghargai pengorbanan seorang ibu. Selagi orang tua masih ada, dekatkan diri dengan mereka. Jangan kelak menyesal tak sudah.
Sumber: Instagram nursajat23