Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Jarang kita dengar kisah aktor kacak Dazrin Kamarudin sejak mendirikan rumah tangga. Bagi yang tidak mengenalinya, Dazrin dilahirkan pada 10 Mei 1988 dan berasal dari Klebang, Melaka. Awalnya dia memulakan kerjaya sebagai model.
Kemudian beralih dalam bidang lakonan. Lakonan pertama Dazrin adalah menerusi telefilem Mencintaimu, itupun hanya sekadar watak sampingan. Tidak menunggu lama, dia mendapat kepercayaan Pierre Andre untuk membintangi filem Seru.
PUNCA PENURUNAN BERAT BADAN SECARA MENDADAK
Terbaru, Dazrin dilihat sangat kurus seperti mengalami penyakit. Berbeza dengan badannya terdahulu yang lebih berisi dan tegap. Ada pihak yang mengatakan yang aktor ini menggunakan bahan terlarang.
Dalam kenyataannya, dia menafikan dakwaan tersebut. Sebenarnya dia menerima teguran dari seorang penerbit perihal tubuhnya yang agak berisi. Jadi, dia jadikan teguran tersebut sebagai pemangkin semangat untuk dapatkan tubuh badan yang lebih ideal.
BERAT BADAN PERNAH CECAH 89 KG SELEPAS BERKAHWIN
Dalam pada itu, dia mengamalkan pemakanan yang sihat dan diselangi senaman. Akuinya, berat badan pernah mencecah sehingga 89 kilogram semenjak bergelar suami. Dengan badan yang agak besar sebelum ini menyukarkan lagi untuk dia ditawarkan berlakon.
Itu tamparan besar buatnya lalu nekad untuk menurunkan berat badan. Dia mengalami penurunan sebanyak 19 kilogram. Penurunan ini berlaku secara berperingkat yang mana ramai tidak menyedari perubahan berlaku ke atas Dazrin.
MEMBAWA WATAK SYED SADDIQ DALAM FILEM THE JOURNEY
Perubahan yang dilakukan berkait rapat dengan watak yang dipegang dalam filem terbaru lakonan Dazrin iaitu The Journey. Dalam cerita ini, dia membawakan watak Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Filem ini mengisarkan perjalanan kehidupan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad sejak melepaskan jawatan pada tahun 2003 dan kemudiannya diberi mandat semula untuk memimpin pentadbiran kerajaan pada tahun 2018.
Kesimpulannya, perubahan bentuk fizikal yang berlaku kepada aktor kacak ini berunsurkan kesedaran peribadi dalam mendapatkan kesesuaian watak. Diharapkan penjelasan Dazrin ini menjawab segala andaian negatif terhadap dirinya.
Kredit: mStar Online