Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Masih belum reda kisah Intan Najuwa! Sebelum ini tular di media sosial gambar mesranya bersama Zul Ariffin di dalam air. Ramai yang memberi pendapat aksi tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan masing-masing mempunyai pasangan yang perlu dijaga hatinya.
AKSI TIADA KENA MENGENA DENGAN SETELAH KU DIMILIKI
Tak terlepas dari itu, ramai yang menyangkakan aksi demikian adalah tuntutan bagi drama Setelah Ku Dimiliki. Namun sangkaan tersebut meleset sama sekali apabila pengarah drama berkenaan, Osman Ali tampil menafikan perkara tersebut dan tiada kena mengena dengan drama arahannya.
INTAN MEMADAMKAN FOTO TUNANG
Amat mengejutkan, menjengah ke profil Instagram aktres cantik berkenaan, didapati Intan Najuwa bertindak memadamkan gambar bersama tunangnya iaitu Razrul. Hanya sekeping gambar yang ditinggalkan dengan kepsyen dia menyanyangi tunangnya.
MASING-MASING UNFOLLOW DI IG
Bagai ada yang tak kena antara mereka berdua apabila Intan dan Razrul dilihat tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Sehingga kini belum ada kenyataan yang dikeluarkan oleh tuan badan bagi menjelaskan kemelut yang sedang melanda dirinya. Apa pun berikan lah mereka ruang untuk menyelesaikan masalah peribadi agar tidak berpanjangan.
NETIZEN BERHAK BERSUARA
Terdahulu, Razrul ada memberikan kenyataan bahawa adalah bebas untuk netizen memberikan pandangan. Maklum lah kita hidup dalam negara yang bebas untuk bersuara. Tidak salah sekiranya masing-masing memberikan pandangan.
Dalam kenyataan itu juga, dia enggan memberikan apa-apa komen takut nanti disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu.
Justeru, sebagai pengguna media sosial yang bijak, jangan lah kita menghakimi sesuatu perkara dari sudut negatif. Sama-sama kita doakan agar hubungan Intan Najuwa dan tunangnya berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Kredit: mStar Online