Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Macam takda orang lain! Individu kongsi perangai gatal teman lelaki, akhirnya buat pembaca rasa tertipu

Keruntuhan akhlak remaja pada masa kini jelas kelihatan. Mereka tanpa segan silu menunjukkan aksi mesra di khalayak umum ibarat suami isteri yang dah lama berkahwin. Pasangan kekasih setakat berpegangan tangan itu adalah perkara biasa.

MENUNJUK GAYA HIDUP ALA BARAT

Tak terhenti di situ, dengan wujudnya platform media sosial juga membuatkan mereka lebih terbuka berkongsi rasa.sangat berbeza dengan nilai estetika dengan orang melayu terdahulu. Remaja kini berlumba-lumba untuk menunjuk kehidupan ala barat.

KEKASIH MUDA SETAHUN

Entah di mana penulis ingin mulakan bicara. Kisah ini dikongsikan oleh satu page facebook yang berkongsikan kisah graduan universiti yang sedang hangat bercinta. Individu yang tidak memperkenalkan diri sebagai pelajar tahun 3 dan kekasihnya muda setahun darinya.

SEORANG YANG MENJAGA SOLAT PADA AWAL PERKENALAN

Individu tersebut mengisahkan bagaimana perjalanan kisah cinta mereka. Dia pada awalnya baru putus cinta. Dalam keadaan yang sedang patah hati, hadir seorang lelaki yang sering mengusiknya. Daripada perasaan menyampah jadi jatuh cinta.

MULA BERUBAH

Mula-mual teman lelakinya seorang yang jaga solat biarpun tidak lah warak. Namun perangainya mula berubah. Dia semakin berani untuk mencium dan individu berkenaan merelakannya atas dasar suka sama suka.

Tangan mula berani merayap. Bermula dari atas terus menjengah ke bahagian bawah. Disebabkan perangai melampau teman lelakinya, individu berkenaan berasakan sangat melampau dan menampar kekasihnya itu.

Sumber Facebook

KISAH NABI LUT

Kisah individu ini bagaimanapun berakhir dengan tragis apabila di akhirnya mengakui mereka adalah sesama jenis. Netizen yang mengikuti kisah mereka ini seolah-olah rasa tertipu dengan penceritaan individu berkenaan.

Sumber Facebook

Plot twist pada pengakhiran cerita membuatkan ramai lelaki mula berasa mual. Mungkin pada awalnya ramai yang beranggapan individu berkenaan adalah wanita.

Sumber Facebook

Walau bagaimanapun, tidak kira jantina kita seharusnya menjaga tuntutan agama daripada melakukan maksiat. Sedangkan berhubungan berlainan jantina itu adalah haram, ini kan pula sesama lelaki.

Diharapkan mereka berdua diberi hidayah dan kembali ke pangkal jalan dan tidak mengulangi kisah Nabi Lut.

Sumber: Facebook UKM Confession

Kongsi artikel ini: