Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Semalam merupakan minggu ke lima persembahan Gegar Vaganza (GV) musim keenam. Semestinya persaingan sangat sengit antara peserta yang bertanding. Pada awalnya penonton dikejutkan menyangka Nur Fatima bakal disingkirkan namun sebaliknya berlaku.
ALYAH DIJEMPUT MEMBUAT PERSEMBAHAN
Bukan soal Gegar Vaganza yang penulis ingin ketengahkan. Semalam, Alyah muncul di pentas GV sebagai artis jemputan. Dia telah membuat persembahan dengan mendendangkan single terbarunya berjudul Meluruh.
NABIL SEMPAT MENGUSIK DATIN ALYAH
Kemudiannya, dia dilihat berjalan melalui suami, Datuk Ramli MS (Tok Ram) dan duduk dibelakangnya. Momen tersebut sempat diusik oleh kedua-dua pengaca rancangan GV, Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang meminta Alyah bersalam terlebih dahulu dengan Tok Ram.
ARTIS YANG TIDAK MENGHORMATI MAJLIS
Tidak lama selepas itu, Alyah dilihat pulang lebih awal sebelum tamatnya rancangan. Sejurus kejadian itu, dia menjadi buah mulut netizen di laman instagram miliknya yang menyindir Alyah antara artis tidak menghormati majlis.
ALYAH NAIK ANGIN
Tidak menunggu lama, Alyah dilihat memberi respon terhadap komen yang ditinggalkan oleh individu yang dimaksudkan. Jelasnya, dia sudahpun memenuhi tanggungjawab sebagai undangan dan perlu pulang awal untuk hantar anak saudaranya.
“Saya nak tanya awak??Siapa yg lebih biadap dan KURANG AJAR. Orng yg sudah menjalankan kerjanya dan harus meninggalkan majlis kerana harus menghantar anak sedaranya pulang sbb esok sekolah..”
“ Atau orng seperti awak?? Sbb membiadapkan orng tanpa usul periksa.. txt guna akal bukan guna hasad dengki…” Balasnya kepada komen individu yang tidak dikenali.
Menjengah ke ruangan komen yang lain, rata-rata bersetuju dengan jawapan yang diberikan oleh Datin Alyah ini. Memandangkan dirinya sudahpun duduk dan menonton rancangan pada awal. Cuma atas urusan lain, dia perlu mengundur diri terlebih dahulu.
Apa pun, diharapkan masyarakat kita selepas ini dapat menggunakan platform media sosial sebaik mungkin. Jangan terlalu cepat membuat andaian dan mudah menghukum seseorang itu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan yang binasa.
Kita sendiri pun tahu dewasa kini, terlampau banyak isu selebriti membawa kes komen-komen netizen ke pihak berkuasa. Jangan jadikan diri anda sebagai individu yang seterusnya. Jadikan pengajaran, berhemah ketika memberikan komen.
Sumber: Instagram Alyah Abu Hasan