Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dulu terpalit skandal, selebriti kacak Singapura ditahan polis di tepi jalan. Netizen rasakan sekadar gimik!

Nama Aliff Aziz tak lekang di bibir media apabila plot kisah hidupnya sering diberi perhatian. Sebelum ini dia terbabit dengan kisah cinta tiga segi. Kemudiannya rumah tangga yang dibina bersama Bella Astillah terlerai di tengah jalan.

BACA: Aksi mesra Aliff Aziz Dan Bella Astillah Buat Netizen Rasa Menyampah! Tak Ada Plot Twist Agaknya

ALIFF AZIZ SERING DIKAITKAN CERITA SENSASI

Tak lama selepas itu, tular pula kisahnya merempat dan mula berhutang sana sini seakan tertekan dengan masalah yang dihadapi. Mengukir nama berbentuk Bella di badan seolah-olah tidak dapat menerima hakikat hubungan mereka telah berakhir.

BACA: [Foto] Masih perangai lama! Wanita ini dedah jadi MANGSA terbaru Aliff Aziz

INDIVIDU MIRIP ALIFF AZIZ DIDATANGI PIHAK BERKUASA

Masih kisah Aliff Aziz, terbaru heboh di media sosial dikatakan individu mirip Aliff Aziz didatangi beberapa orang polis. Kejadian yang berlaku di Singapura itu mendapat perhatian ramai pihak kerana mulai curiga kesalahan dilakukan, kenapa sehingga perlu ditahan pihak berkuasa.

BERGELUT SAMBIL MENELEFON AYAH

Menerusi perkongsian video di laman twitter, dapat dilihat  pergelutan antara Aliff Aziz dan berberapa orang polis. Aliff dilihat menjerit sambil menelefon ayahnya memberitahu kemelut yang sedang dihadapi.

GIMIK ATAUPUN REALITI

Secara tidak langsung, dengan penyebaran video berkenaan menjadi tanda tanya dan juga buah mulut orang ramai. Ramai yang mula membuat andaian kepada aktor berkenaan sehingga kan macam-macam isu dikaitakan.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen menyuarakan rasa dah malas untuk berasa kasihan dengan aktor berkenaan memandangkan terlalu kerap namanya disensasikan pihak media. Apa pun jangan cuba tokok tambah dalam isu sebegini.

Sehingga kini, kejadian yang menimpa Aliff Aziz ini masih lagi belum dapat kepastiannya. Sama-sama kita doakan agar dia dalam keadaan baik-baik sahaja. Tiada apa yang lebih berat ujian untuk ditanggung melainkan kemampuan individu itu sendiri.

Sumber: Twitte HzrqHalim, Video Virals Malaysia

Kongsi artikel ini: