Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sebelum ini, pelakon kacukan Nadia Brian hangat diperkatakan netizen berikutan foto berendamnya sewaktu bridal shower tular di media sosial. Difahamkan masjlis tersebut hanya dihadiri oleh kenalan rapat sahaja.
DUGAAN SEMENTARA MENUNGGU DETIK DIIJAB KABUL
Biasa lah, bila dah jadi perhatian masyarakat sudah pasti ada mulut mulut kurang baik yang keluar. Walau bagaimanapun, Nadia bijak mengawal keadaan dengan tidak cepat melatah dengan isu sebegini.
Walau bagaimanapun, Nadia ada memberitahu bahawa berita berkaitan gambar bridal shower sedikit sebanyak mengganggu persiapan perkahwinannya. Ianya boleh mempengaruhi bakal suami dan juga pihak keluarga mertua dengan cerita yang kurang baik.
SELAMAT MENJADI ISTERI KEPADA AHLI PERNIAGAAN
Alhamdulillah dan tahniah penulis ucapkan kepada Nadia Brian, dengan sekali lafaz sahaja dia selamat disatukan dengan jejaka pilihan, Muizz Nasruddin. Muizz yang juga seorang ahli perniagaan menyerahkan mas kahwin berjumlah RM 1,000 kepada pihak pengantin wanita.
Bagai pinang dibelah dua, Nadia dan Muizz sangat manis sewaktu majlis ijab Kabul dengan persalinan putih, Nadia Brian pula mengenakan busana baju kurung moden menampakkan lagi tradisi melayu diselitkan.
DILAMAR DI PARIS
Sehingga kini, Nadia Brian dan pasangan belum lagi memberikan tarikh tepat untuk mengadakan majlis resepsi mereka. Mungkin ianya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Sebagai rekod, Nadia Brian mengikat tali pertunangan pada 4 Mei lalu selepas dia dilamar Muizz ketika mereka bercuti di Paris, Perancis.
BERTUAH DAPAT MEMILIKI LELAKI SEPERTI MUIZZ
Disapa perihal Muizz, Nadia memberitahu dia memilih Muizz kerana sikapnya jejaka ini yang bersungguh-sungguh dan tidak pernah berputus asa untuk mendekati dirinya. Selain itu, dia sangat bertuah sebab memiliki lelaki seperti Muizz seorang yang baik dan bertanggungjawab dalam semua perkara.
Semoga dengan ikatan yang dibina ini kekal utuh sampai ke jannah dan dikurniakan cahaya mata yang baik kelak.
Sumber: Eh Malaysia