Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sejak kebelakangan ini dunia hiburan digemparkan dengan cerita kontroversi pelakon muda Intan Najuwa dan juga hero maskulin Zul Ariffin. Berikutan tersebarnya gambar mesra mereka di dalam air.
NETIZEN TIDAK SENANG DENGAN AKSI MESRA
Aksi berkenaan tidak dipersetujui netizen berikutan melampaui batas dan juga status Intan Najuwa sendiri sebagai tunangan orang. Tidak manis dipandang dan boleh jadi fitnah sekiranya ia berlanjutan.
PENGARAH MENAFIKAN FOTO TULAR TIADA KENA MENGENA DENGAN DRAMA
Tidak cukup dengan itu, ramai yang berpendapat ia salah satu gimik bagi mempromosikan drama terbaru mereka iaitu Setelah Ku Dimiliki untuk mengejar rating. Justeru, pengarah drama berkenaan, Osman Ali tampil memberi penjelasan.
Foto yang tersebar umum langsung tiada kena mengena dengan drama arahannya itu. Dalam drama tersebut tidak ada footage atau babak sedemikian rupa.
RESPON DARI TUNANG INTAN NAJUWA, RAZRUL
Memetik dari laporan mStar Online, tunang kepada pelakon kecil molek ini iaitu Razrul Anwar Rusli berpendapat itu adalah hak netizen untuk bersuara. Kita hidup dalam Negara yang bebas dan semua orang mempunyai pandangan tersendiri.
Bagi Razrul, dia enggan memberikan apa-apa komen. Jika tersalah memberi kenyataan boleh menyebabkan salah tafsir ramai pihak dan menjadi lebih keruh keadaan kelak. Razrul dalam kenyataannya sebelum ini ada memberitahu dalam proses untuk membimbing tunangnya.
Sehingga kini, usaha bagi mendapatkan ulasan dan komen dari tuan badan sendiri masih lagi gagal. Ianya bagi membetulkan tanggapan netizen yang rata-rata mengeluarkan pandangan negatif kepada aktres berkenaan dan mungkin boleh memburukkan imejnya secara tidak langsung.
Diharapkan masyarakat kita jangan cepat menghukum. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Intan Najuwa dan pasangan. Dalam tempoh pertunangan ini, apa yang dikomen netizen sedikit sebanyak mempengaruhi hubungan mereka.
Jadinya jangan menuang minyak kedalam api. Komen dengan berhemah dan biar kena pada tempatnya.
Kredit: mStar Online