Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama pelakon muda Intan Najuwa mula meningkat naik sejak membintangi drama Tuan Danial digandingkan bersama Idris Khan. Ini berikutan penularan gambar mesranya diangkat oleh Idris Khan.
BACA: Mereka merestui! Intan Najuwa tepis dakwaan netizen dirinya mudah dipegang aktor lelaki
Selepas kejadian itu, timbul pula cerita yang mana sekali lagi gambar Intan tular. Kali ini bersama Zul Ariffin sedang berpeluk di atas sebuah kapal. Netizen menyifatkan yang Intan mudah untuk disentuh.
Namun, aktres kecil molek ini menafikan dan mengeluarkan kenyataan bahawa tunang dan keluarga merestui berkaitan kerja dan untuk promosi drama.
TIMBUL PULA KISAH BARU AKSI OVER DALAM AIR
Bagai tiada surutnya apabila nama Intan Najuwa kembali hangat apabila sejak semalam tular sekali lagi gambar dia dan Zul Ariffin. Yang menjadi perhatian netizen adalah gambar tersebut seolah-olah terlampau mesra yang mana Intan diangkat oleh Zul, dan berlaga dahi ketika berada di dalam air.
BACA: Lain pula jadinya! Tunang Intan Najuwa luah rasa kecewa, cinta tanpa hormat tak kekal lama
PENGARAH SENDIRI GELENG KEPALA
Netizen mungkin menyangka itu salah satu babak dalam mempromosikan drama terbaru lakonan mereka, Setelah Ku Dimiliki. Walau bagaimanapun, pengarah drama berkenaan, Osman Ali tampil memberikan penjelasan sebenar.
Menurutnya, gambar yang tersebar tiada kena mengena atau lebih tepat tiada langsung dalam skrip Setelah Ku Dimiliki. Ianya bukan gimik dari pihak produser untuk meraih tontonan tinggi. Ianya jelas dari peribadi pelakon itu sendiri.
BERASA TERKILAN PENULARAN
Tambah Osman Ali, dia berada di Kuala Lumpur dan segala kerja montaj serta pengarahan diberikan kepada Jai Nadxaman. Dia sudah pun mendapatkan kepastian dari semua pihak berhubung penggambaran adengan dalam drama dan aksi itu tiada kaitan.
Justeru, dia berada sedikit terkilan dengan penyebaran gambar yang dimaksud. Sebolehnya dia sendiri tidak ingin elemen negatif wujud dalam drama yang diarahkannya.
TUAN BADAN MASIH BERDIAM DIRI
Sehingga kini, Intan Najuwa dan Zul Ariffin masih belum memberikan apa-apa komen berhubung gambar berkenaan. Apa pun semoga pendedahan dari pengarah drama sendiri sedikit sebanyak menjawab persoalan daripada warganet.
Diharapkan juga dengan isu sebegini memberi pengajaran buat selebriti agar lebih berhati-hati dalam menjalankan tanggungjawab sebagai public figure. Dan untuk netizen, jangan terlalu cepat melatah dan menghukum seseorang itu ibarat tiada hari esok.
Kredit: Harian Metro