Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jodoh dah lama sesat, jejaka berdarah kacukan jadi pilihan Janna Nick untuk mengisi kekosongan hati

Nurul Jannah binti Muner atau nama glamournya Janna Nick mula mencipta nama dalam industri hiburan pada tahun 2012 menerusi telefilem Cinta Vlog. Kemudian, namanya mula mendapat kepercayaan ramai pengarah dan antara drama yang dilakonkan adalah Syurga Nur, Kau Aku dan Kita, Anakku Diva dan Suami Tanpa Cinta.

Sumber Instagram

Janna antara bakat besar yang dimiliki oleh dunia lakonan tanah air kerana bukan sahaja versatile malah dapat meninggalkan kesan yang mendalam bagi setiap watak yang dibawa. Sepanjang kariernya, Janna tidak pernah mendedahkan kisah cinta kepada umum.

BACA: Hati bagai direntap! Penangan Janna Nick beri impak besar kepada penonton menerusi “Dosa Semalam”

Sumber Instagram

DULU KAWAN KINI TIDAK LAGI

Sebelum ini dia hanya mengakui rapat dengan pelakon kacukan Dini Azan Schatzmann adalah teman biasa sahaj dan tidak lebih dari itu. Terbaru, pelakon yang berusia 24 tahun ini mendedahkan yang dia kini sedang hangat bercinta dengan Dini Azan.

Sumber Instagram

Mereka mula berhubungan serius pada Jun yang lepas. Apa pun dia tidak mahu terlalu serius membincangkan soal jodoh kerana ingin fokus kepada kerjaya seninya terlebih dahulu. Baginya, Janna ingin lebih dikenali menerusi bakat lakonan, bukan kerana gosip kisah cinta mereka.

Sumber Instagram

DINI AZAN SENTIASA MEMBAHAGIAKANNYA

Disoal memilih Dini Azan sebagai buah hati, Janna memberitahu yang jejaka tampan tersebut sangat memahami dirinya. Bukan setakat itu sahaja, Dini merupakan lelaki yang memiliki keperibadian tinggi dan selalu membahagiakan diriya. Ibarat satu dalam sejuta lelaki sepertinya.

Sumber Instagram

BERDARAH MALAYSIA-SWITZERLAND

Bagi yang tidak mengenali Dini Azan, dia merupakan pelakon baru yang mula memasuki industri lakonan. Ibunya berasal dari Pulau Pinang manakala bapanya dari Switzerland. Lakonan pertamanya adalah menerusi drama bersiri Cik Reen & Encik Ngok Ngek.\

Sumber Instagram

Jangan pandang rendah, Dini ini merupakan pelajar berkelulusan Bachelor of Materials Engineering dari Universiti of Columbia, Kanada. Cuma dia lebih cenderung dan selesa dalam bidang seni membuatkan dia berani terjun untuk cipta nama dalam lakonan.

Sumber Instagram

Sama-sama kita doakan agar hubungan mereka berdua menjadi lebih serius sekali gus ke jinjang pelamin. Yang penting saling menghormati antara satu sama lain dan memahami kerjaya yang mereka bina.

Kredit: Harian Metro

Kongsi artikel ini: