Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Ada udang disebalik batu! Jadikan anak untuk mengaburi mata. Ikuti kenyataan dari Istana Kelantan

Sejak berberapa hari lalu, netizen dikejutkan dengan berita Rihana Oksana apabila bekas Ratu Cantik Moscow tersebut mendedahkan wajah anaknya, Ismail Leon. Rihana menerusi laman instagram miliknya memuat naik gambar anaknya seteleh 5 bulah merahsiakan identiti bayi berkenaan.

Sumber Instagram

RAMAI MEMUJI DAN DIKATAKAN SEIRAS SULTAN MUHAMMAD V

Dengan penularan gambar tersebut, rata-rata netizen memuji kecomelan Ismail Leon. Mereka beranggapan bayi berkenaan memiliki wajah asia dan seiras dengan Sultan Muhammad V.

“Hello, my name is Ismail Leon. I’m 5 months old and my mom loves me very much..” Tulis Rihana pada awal pendedahan wajah anaknya.

Sumber Instagram

BACA: Tiada lagi rahsia, rupa macam Asia! Akhirnya Rihana Oksana dedah wajah sebenar anaknya

KENYATAAN DARI PIHAK ISTANA MENERUSI DAILY MAIL, BOLEH JADI ANAK BAGI MANA-MANA LELAKI ASIA

Menurut sumber istana negeri Kelantan melalui penulisan Daily Mail, mereka menafikan gambar tersebut. Mereka memaklumkan gambar Ismail Leon yang tersebar mirip orang asia tidak membuktikan apa-apa secara biologi.

Sumber Daily Mail

Sumber rapat yang diperoleh Daily Mail mempercayai yang bayi berkenaan boleh jadi anak kepada mana-mana lelaki Asia yang lain meskipun Rihana berkeras anaknya mempunyai darah diraja.

RIHANA MENAWARKAN UJIAN DNA

Dalam pada itu, Rihana sebelumnya adan menawarkan ujian DNA bagi Ismail Leon bagi membuktikan dakwaan anaknya berdarah diraja adalah bersifat mengaburi mata semua pihak. Menurut sumber rapat dari pihak istana lagi, ini adalah helah dari Rihana bagi menutup dan melindungi dirinya berkaitan hal pergolakan perpisahan dengan Sultan Muhammad V.

Sumber Daily Mail

Tambah Daily Mail dalam penulisannya, Sultan tidak merasakan wajah bayi berkenaan sepertinya. Berkahwin dengan Rihana adalah satu kesilapan terbesar yang pernah dibuat.

Sumber Instagram

ADA NIAT TIDAK BAIK

Kenyataan istana menerusi Daily Mail, Rihana ada menyatakan mereka merancang untuk mendapatkan anak. Kemudiannya dia menangis apabila mengetahui yang dirinya mengandung. Sememangnya itu adalah perkara yang mengarut.

Sumber Daily Mail

Pihak istana juga percaya Rihana tidak mempunyai maruah apabila kantoi rakaman dari enam tahun lepas hubungan intim di kolam renang dalam sebuah rancangan realiti TV. Ianya dipertontonkan kepada seluruh dunia.

Apapun semoga kontroversi yang melanda Sultan Muhammad V menemui jalan penyelesaian. Dengan penyebaran dan propaganda di laman sosial boleh membawa kesan kepada institusi diraja negeri.

Sumber: Daily Mail

Kongsi artikel ini: