Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Hilang tanpa jejak! Lelaki ini kongsi momen terserempak dengan Malique Too Phat, terubat rasa rindu

Masih kah anda ingat dengan duo penyanyi hip hip Too Phat? Kumpulan ini mencipta nama di era 90 an dengan mendendangkan lagu rap yang rata-ratanya berbahasa inggeris. Apa yang menariknya lagu mereka bercampur dan berunsurkan kemelayuan.

LAGU ANAK AYAM SANGAT LUAR BIASA

Sebagai rekod, Plan B merupakan album kedua Too Phat yang memuatkan lagu-lagu hit sehingga sekarang menjadi bualan netizen. Antaranya Anak Ayam dan Just A Friend yang mana kedua lagu ini mendapat jualan yang sangat luar biasa pada ketika itu.

BAWA HALA TUJU MASING-MASING

Walau bagaimanapun akhirnya kedua mereka mengambil keputusan untuk membawa hala tuju masing-masing pada tahun 2007. Sejak pada itu, Malique lebih selesa berkerja di belakang tabir dan langsung tidak muncul di media mahupun khalayak ramai.

Berbeza dengan Joe Flizzow kini dilihat aktif menghasilkan karya-karya rap dan mencari pelapis baru dalam dunia hip hop.

TERSEREMPAK DENGAN MALIQUE

Terbaru, seorang pengguna facebook yang dikenali sebagai Mohd Zubaidi ada berkongsikan gambar terserempak dengan Malique di lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah Airport. Sekali gus dengan penularan gambar ini menjadi bualan hangat peminat.

Sumber Facebook

JADI PENGUBAT RINDU

Lebih 10 tahun Malique mengambil keputusan untuk berdiam sepi dan menyorok di masyarakat umum dan akhirnya dengan gambar ini sedikit sebanyak dapat mengubat rindu kepada peminat-peminat Too Phat untuk mengetahui perkembangan terbarunya.

Sumber Facebook

Walaupun tak pernah muncul di mana-mana platform, Malique dilihat aktif menghasilkan karya lagu. Antaranya adalah Kau Yang Punya bersama Najwa, Mantera Beradu duet dengan M.Nasir, Teman Pengganti dengan Black dan terbaru bersama Dayang Nurfaizah iaitu Pejamkan Mata.

Sumber Facebook

ITU ADALAH GAMBAR LAMA

Menjengah ke ruangan komen, sudah pasti peminat sangat teruja dapat melihat wajah terkini Malique. Namun, dari beberapa sisi komen, ada yang mengatakan gambar tersebut adalah tahun lepas dan bukannya terbaru seperti dihebohkan.

Sumber Facebook

Ramai peminat ingin melihat Too Phat kembali dalam meneruskan karya muzik rap ini. Apa pun seperti yang diminta oleh Malique sendiri agar menghormati dirinya untuk mengundur diri dari dunia muzik ini. Semoga Malique sentiasa berjaya dalam pilihan dibuatnya.

Kredit: Facebook Mohd Zubaidi

Kongsi artikel ini: