Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Baru-baru ini, nama Nabila Huda hangat diperkatakan umum gara-gara niat beraninya memuat naik gambar bersama seekor anjing jenis Husky Siberia. Penularan gambar tersebut telah mencetuskan buah mulut netizen dan beberapa individu berpengaruh yang menyifatkan gambar tersebut tak sepatutnya dikongsikan.
BACA: Benda haram la sedap! Nabila Huda ditegur peminat gara-gara bermain dengan Husky Siberia
PU SYED TAMPIL MENEGUR
Antara individu yang tampil menegur tindakan Nabila itu adalan Pencetus Ummah Syed. Dalam penulisan di instagramnya, PU Syed menegur agar Nabila Huda tidak perlu berkongsikan foto sedemikian bagi mengelakkan fitnah manusia. Berikut adalah perkongsian asal PU Syed di instagramnya:
NABILA HUDA LANTANG BERSUARA
Terbaru, Nabila Huda tidak berdiam diri apabila tampil di IGTV miliknya membalas semua kenyataan yang dilemparkan ke atasnya. Dia tidak dapat menerima apabila PU Syed mengaitkan selebriti dalam hal negatif.
View this post on Instagram
Jelas Nabila dalam video berdurasi 6 minit lebih ini, teguran PU Syed bersifat tidak wajar dan seolah-olah untuk menaikkan namanya sahaja. Tambahnya lagi, selebriti juga manusia dan tidak lari dari melakukan kesilapan.
BUAT SALAH PANTANG DITEGUR
Perkongsian video Nabila Huda kali ini secara tidak langsung mengundang kembali buah mulut netizen yang beranggapan dirinya tak dapat menerima sesuatu teguran. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan Nabila yang mengatakan dosa adalah masing-masing dan instagram adalah hak milik individu.
Mereka juga berpandangan tujuan PU Syed menegur adalah perkara yang sudah dinyatakan dalam agama melarang bermain dengan haiwan yang bersifat haram dan tindakannya boleh mempengaruh pengikut di instagram.
Kesimpulannya, kita sebagai manusia yang hidup bermasyarat seharusnya saling hormat-menghormati dan saling menjaga adab. Isu kubur masing-masing tidak wajar diguna pakai kerana kelak, masyarakat sekeliling juga yang akan membantu kita. Meminta maaf itu lebih baik dari bercakap perkara yang kita sendiri kurang arif.
Letakkan diri agar masing-masing belajar di mana khilafnya dan jangan terlalu cepat menunding jari. Jaga diri, jaga hati dan jaga lidah.
Sumber: Instagram Nabila Huda