Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bila sentuh soal perkahwinan, golongan hawa lah yang paling sensitif. Mereka akan menjadi lebih teruja berbanding kaum lelaki. Ianya bukan omong kosong tetapi memang sedang belaku dalam di kalangan masyarakat kita. Dapat dilihat golongan wanita akan lebih berfikir, mengatur dan implimentasi semua perkara kepada masjid yang bakal dibina.
TEMA MAJLIS MENGIKUT BAJET
Golongan lelaki? Hanya angguk dan geleng jela kepalanya. Kita dapat lihat trend majlis perkahwinan pun semakin hari semakin kreatif olahannya. Ada yang mengikut bajet, bersederhana dan ada juga yang mewah semata-mata nak mengejar wedding of the year.
KHIDMAT JURUGAMBAR MENJADI PILIHAN
Tak kisah macam mana bajet pasangan yang bakal berkahwin, rata-rata mereka akan menggunakan khidmat jurugambar profesional bagi merakam segala aktiviti sepanjang majlis yang diadakan. Bermula dengan prewedding, majlis resepsi, outdoor dan berakhir dengan postwedding.
TERLAMPAU NAK PELIK SEHINGGA TAK JAGA SENSITIVITI MASYARAKAT
Dalam kita tak sedar, ada sesetengah pasangan mula membuat perkara pelik yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa sesetengah masyarakat. Bagi mereka, beraksi pelik dirakamkan sebagai kenangan. Tetapi tidak bagi masyarakat sekeliling.
Apa yang penulis cuba maksudkan, semalam tular beberapa keping gambar di media sosial apabila seorang wanita yang memakai pakaian pengantin mengadakan sesi fotografi di tanah perkuburan. Yang menjadi perhatian adalah wanita tersebut berada di perkuburan kristian.
ORANG KRISTIAN PUN TAK BUAT KERJA MACAM TU
Secara tidak langsung perbuatan ini boleh dianggap tidak menghormati agama yang dimaksudkan. Dapat dilihat hasil perkongsian ini menyatakan bahawa orang kristian sendiri tak terfikir untuk mengadakan photoshoot di kawasan perkuburan mereka. Ianya tidak menghormati tempat suci yang diberkati oleh paderi.
Sehubungan dengan penularan gambar ini, pengguna yang mewakili agama islam rata-rata memohon maaf atas tindakan yang tidak betanggungjawab ini. Dalam agama Islam sendiri pun tidak menggalakkan penganutnya untuk berbuat sedemikian rupa.
JENIS LAPAR “LIKE”
Ada pengguna twitter yang meninggalkan komen bahawa tindakan wanita yang dimaksudkan hanya untuk mencari publisiti. Sehinggakan sanggup buat apa sahaja sehingga melupakan rasa hormat kepada agama lain.
Kesimpulannya, masyarakat kita seharusnya lebih peka dalam melakukan sesuatu perkara. Merekod gambar sebagai kenangan tidak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Malaysia adalah Negara berbilang bangsa dan agama. Jadi sama-sama lah kita menghormati antara satu sama lain.
Sumber: Twitter justcallmechrissy