Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Anak dara pun tak macam ni! Perkongsian foto terbaru Fatin Afeefa memukau mata netizen

Pejam celik pejam celik, dah besar rupanya pelakon cilik Tentang Bulan. Penulis maksudkan adalah Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin yang kini dah berumur 25 tahun. Fatin memulakan kerjaya lakonan di usia kanak-kanak lagi seawal 8 tahun lagi.

Sumber Instagram

Tidak dinafikan bakat lakonan yang dimiliki membuatkan dia banyak membintangi drama dan filem sehingga kini antaranya Maksimum, Kampung drift, Red Velvet, Monalisa dan banyak lagi. Tapi ramai yang tak tahu bahawa Fatin pernah gagal dalam rumah tangganya.

PERNAH BERKAHWIN DUA KALI

Fatin Afeefa dan Adam Shah

Dia difahamkan pernah berkahwin sebanyak dua kali. Perkahwinan pertama bagai manapun tidak didedahkan identiti pasangan, namun tidak kekal lama. Fatin kemudian membina rumah tangga keduanya bersama Adam Shah yang juga seorang pelakon. Mereka berkahwin pada 21 Disember 2013.

Sumber Instagram

DIKURNIAKAN DUA CAHAYA MATA

Fatin Afeefa dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dengan suami pertamanya dan seorang cahaya mata perempuan dengan Adam Shah. Dia sekali lagi diuji apabila jodoh dengan Adam tidak kekal lama apabila mengambil keputusan untuk berpisah secara baik pada 30 Mei 2017 setelah hampir 4 tahun bersama.

Sumber Instagram

BENTUK BADAN MACAM ANAK DARA

Untuk perkembangan terbaru, Fatin Afeefa dilihat sering memuat naik aktiviti kehidupan seharian di laman instagram miliknya. Terbaru, dia ada berkongsikan gambar yang mengenakan sari pada sambutan Deepavali minggu lepas.

Sumber Instagram
Sumber Instagram
Sumber Instagram

Perkongsiannya itu memukau mata ramai pihak apabila busana yang dikenakannya sangat cantik dan menawan. Ramai yang memuji bentuk tubuh Fatin meskipun dah memiliki dua orang anak. Kalah anak dara cara dia jaga badan.

Sumber Instagram
Sumber Instagram

Kalau orang lain yang miliki anak seorang pun dah londeh sana sini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak percaya dengan bentuk tubuh aktres jelita ini. Ramai yang memuji serta meninggalkan komen yang positif buatnya.

Sumber Instagram
Sumber Instagram

Justeru, untuk memiliki tubuh badan yang langsing bukan sesuatu perkara yang mustahil. Semuanya bermula dengan diri sendiri. Tepuk dada tanya selera. Yang penting amalkan permakanan yang sihat dan diselangi dengan rutin senaman. Buat dalam tempoh tertentu dengan konsisten. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat anda semua.

Sumber: Instagram Fatin Afeefa

Kongsi artikel ini: