Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pelakon terkenal menerusi filem Gila-Gila Remaja iaitu Faizal Hussein dilahirkan pada 31 Mei 1967. Dia dibesarkan di Gombak, Selangor. Ramai yang tak tahu bahawa Rosyam Nor adalah salah seorang daripada sepupunya yang juga aktif dalam bidang lakonan.
WAJAH FAIZAL HUSSEIN DAH JARANG BERLAKON
Di usia 52 tahun ini, kita jarang melihat pelakon senior seperti faizal di kaca televisyen. Rata-rata heronya adalah wajah baru yang mula meningkat naik. Perkara ini diakui sendiri oleh tuan badan yang mana namanya sering digugurkan oleh mana-mana projek filem atau drama.
BAYARAN DEMAND JADI PUNCA
Punca kepada namanya digugurkan adalah gara-gara bayaran yang diminta Faizal dikatakan terlalu tinggi berbanding apa yang sepatutnya. Sebelum ini, jika ada filem-filem hebat yang ingin dibuat, sudah pasti namanya akan dipilih terlebih dahulu.
NAMA DIGUGURKAN SEKALI LAGI
Namun semua kini dah berubah kerana penerbit tempatan kini akan beralih ke pelakon lain apabila mendengar permintaan harga daripada Faizal Hussein ini. Terbaru, Faizal ada ditawarkan untuk membintangi filem besar
Segala persediaan telah dibuat dengan membeli segala peralatan untuk persediaan lakonan tersebut. Sayangnya namanya sekali lagi digugurkan gara-gara harga yang dipintanya tidak dipersetujui oleh pihak produser.
BAKAL LENYAP TERUS KALAU BERTERUSAN
Jelas Faizal, sekiranya trend sebegini berterusan, harga yang dipintanya tidak sipersetujui sudah pasti wajahnya akan lenyap terus dari industri lakonan. Disapa hal bayaran yang diminta, aktor yang sering buat aksi lasak ini memberitahu nilai diminta tidaklah tinggi.
Ianya setimpal dengan komitmen dengan aksi dan watak yang perlu dia berikan. Jadi, tidak timbul isu harga demand atau meminta bayaran tinggi. Semua pelakon buat perkara yang sama. Faizal ada mempersoalkan sikap penerbit yang sanggup lebih memilih Syafiq Kyle.
HARGA SETARAF SYAFIQ KYLE
Meskipun Faizal memiliki nilai yang sama dengan aktor berkenaan. Dengan pengalaman dan nama yang dicipta Faizal seharusnya pihak produser harus menilai dengan lebih teliti lagi. Seperti kita ketahui Faizal Hussein sangat bersungguh-sungguh dalam memberikan komitmennya.
Jadi tidak layak untuk dibandingkan dan disama taraf dengan pelakon muda seperti Syafiq Kyle. Faizal dilihat menerima anugerrah Pelakon Lelaki Terbaik Drama pada anugerah skrin 2019 menerusi drama Samad Tedung.
Diharapkan dengan anugerah yang baru diterimanya ini dapat membuka mata ramai pihak dalam meletakkan harga dan menilai harga yang dipinta setanding dengan bakat, komitmen dan pelbagai lagi aspek yang dimiliki oleh pelakon tersebut. Bukan sekadar populaiti semata-mata.
Kredit: mStar Online