Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama Rihana Oksana hangat diperkatakan di media sosial sejak awal tahun lalu. Namanya dikaitkan dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang sehingga kini menjadi persoalan ramai pihak tentang status hubungan mereka.
RIHANA DILIHAT PERTAHANKAN HAKNYA
Desas-desus mengatakan mereka berdua telah pun berpisah tetapi tidak dinyatakan punca ianya berlaku. Oksana bagaimanapun dilihat masih pertahankan apabila dilihat memuat naik foto saat pertemuan hingga lah kelahiran cahaya mata.
Selama ini, Oksana sering kali dilihat memuat naik gambar wajah anaknya yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra bin Tengku Muhammad V Faris Petra. Yang menghairankan, dia langsung tidak mendedahkan wajah anaknya itu kepada umum dengan menutup wajah anaknya.
RIHANA DEDAH WAJAH SEBENAR ISMAIL LEON
Setelah sekian lama meyorokkan wajah sebenar Ismail Leon, akhirnya sebentar tadi Rihana Oksana mendedahkannya kepada umum. Genap umur 5 bulan, dilihat Ismail Leon membesar dengan keadaan sihat dan sangat comel.
“Hello, my name is Ismail Leon. I’m 5 months old and my mom loves me very much..” Tulis ringkas Rihana di ruangan kepsyen.
WAJAH ASIA, RAMAI YANG MEMUJI
Rata-rata pengikutnya sangat teruja dengan perkongsian gambar ini. Mana tidaknya, hampir keseluruhan rakyat Malaysia ingin tahu keadaan bayi kecil ini sejak dilahirkan lagi yang mana disorokkan identitinya.
Mereka memuji Ismail Leon yang kelihatan sangat gembira di sisi Rihana. Ramai yang mengatakan bahawa wajah bayi Rihana ini seperti kacukan asia dan mendoakan agar Rihana terus kuat dalam membesarkan anak kecilnya ini.
Nama Rihana menjadi bualan awal Oktober lepas apabila Mail Online mendedahkan bekas ratu Moscow tersebut apabila menuntut nilai hartanah berjumlah RM47 juta dan juga failkan petisyen bagi menentukan DNA anaknya ini.
Diharapkan dengan perkongsian ini menjawab soalan mana-mana pihak yang ingin melihat wajah sebenar putra Rihana. Semoga Ismail Leon membesar dengan penuh sihat dan didikan yang baik kelak.
Sumber: Instagram Rihana Oksana