Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri dilahirkan pada 8 Mac 1994 dan berasal dari Kuala Lumpur. Lebih selesa dikenali sebagai El, dia mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari lepas.
KEHADIRAN RAYYAN SEBAGAI PELENGKAP KASIH SAYANG
1 Oktober lepas adalah detik bermakna buat El dan pasangan apabila menerima orang baru dalam keluarga mereka. Cahaya sulungnya itu diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf. Dengan kehadiran Rayyan dalam rumah tangga mereka ini sekali gus melengkap lagi detik terindah sebagai pasangan suami isteri.
TURUN 12KG SELEPAS 30 HARI BERSALIN
Seusai 30 hari bersalin, El berkongsikan satu lagi momen menarik dalam dirinya sebagai ibu apabila berjaya menurukan berat badan sebanyak 12 kg. Ianya dikongsikan menerusi laman instagram miliknya semalam ketika membawa Rayyan membuat pemeriksaan kesihatan.
“His first checkup went well, and mommy pun happy 12kg gone, 10 more kgs to go okayyyyy. Fuhhh. Mencabar betul.” Tulis El di ruangan kepsyen.
MASIH TAK PUAS HATI BERAT BADAN TERKINI
Dapat dilihat menerusi perkongsiannya itu, El masih tidak berpuas hati dengan berat yang dimilikinya kini. Dia sedang berusaha untuk mengurangkan lebih banyak beratnya agar dapat memenuhi bentuk badan diimpikan. Targetnya adalah 10kg untuk diturunkan lagi. Wow! Dah jadi macam kerengga tu El.
Melihat ke ruangan komen di gambarnya, rata-rata para peminat memberi kata-kata semangat buat El dalam mencapai misinya itu. Tidak lupa ada yang turut mengucapkan tahniah buat El dan Faris di atas kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka. Mereka seolah-olah tidak percaya yang El kini sudahpun bergelar seorang ibu. Dah macam adik dan kakak sekali imbas gambar mereka.
Tahniah lagi sekali penulis ucapkan buat El dan Faris. Diharapkan dengan kehadiran Rayyan ini menambahkan lagi rezeki dalam kerjaya masing-masing. Penuhi lah tanggungjawab sebagai ibu bapa sebaik yang mungkin agar si kecil dapat membesar dengan baik.
Sumber: Instagram Elfira Loy