Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Takkan ada pengganti! Pemergian Grandpa Kitchen sentuh hati penonton, kebaikan sentiasa dalam ingatan

Berjiwa besar dan berhati mulia! Itu lah yang penulis dapat gambarkan kepada seorang lelaki tua bernama Narayana Reddy atau lebih dikenali sebagai Grandpa Kitchen. Lelaki ini berasal dari Telangana, India sering mengembirakan hati anak-anak yatim dengan menjamu mereka dengan masakan enak.

Grandpa ini sangat terkenal di rancangan Youtube dengan adengan videonya yang suka memasak menu-menu menarik sebagai santapan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Grandpa sangat terkenal dengan gaya rendah dirinya sebelum memulakan masakan dengan trademark, “Loving, caring, sharing. This is my family”. Sudah pasti ia kekal terpahat di hati penonton.

TIADA LAGI HERO ANAK-ANAK YATIM

Difahamkan pada 27 Oktober lepas, Narayana Reddy telah pun pergi meninggalkan kita semua di usia 73 tahun. Dengan berita ini, sudah pasti ianya memberikan kesan kepada penonton yang sentiasa mengikuti rancangannya malah yang paling terasa adalah anak-anak kecil yang selalu menjadi tetamu untuk masakannya.

Kebaikan Grandpa ini sukar dicari ganti. Satu dalam sejuta yang mempunyai hati yang baik sepertinya dalam membantu kanak-kanak yang kurang yang bernasib baik. Ianya sentiasa terpahat dalam ingatan semua orang dan masakan akan tetap dirindui sampai bila-bila untuk dijadikan inspirasi buat kita semua.

VIDEO PERJALANAN TERAKHIR GRANDPA KITCHEN

RAMAI YANG TERSENTUH HATI

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penonton menyampaikan sekalung takziah buat keluarga mendiang. Pemergian Grandpa akan menjadi sejarah buat peradaban dunia dalam menghargai jasa dan usaha membantu anak-anak kecil.

Penonton turut menyampaikan rasa dukacita di atas berita pemergian ini. Kini, kita takkan dapat lihat lagi seorang lelaki tua memasak dalam kuantiti yang banyak dengan kaedah tradisional. Pasti dia akan dirindui sampai bila-bila.

Kesimpulannya, percaya lah bila kita berbuat baik sesama manusia, nama kita akan terpahat dalam kenangan. Ramai yang akan mendoakan kesejahteraan buat diri dan menjadi ingatan.

Sumber: Youtube Grandpa Kitchen

Kongsi artikel ini: