Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Buat malu je bertudung! Aksi tak fikir panjang, remaja wanita ini kena basuh dengan netizen

Hidup pada zaman era teknologi di hujung jari ni sangat mudah untuk buatkan diri kita menjadi terkenal. Elok tidur dalam selimut buat perkara kurang cerdik sikit bangun-bangun terus jadi famous mengalahkan Lady Gaga.

Sumber Twitter

TAK TEGUR SALAH, TEGUR LAGI LA SALAH

Bila netizen tegur dikatakan pula tak hormat hak peribadi individu tetapi mana bila individu tersebut tak menghormati hak orang ramai macam mana pula ek? Runtuhnya akhlak remaja pada masa kini disebabkan terlalu terbuka dalam membuat sesuatu perkara.

Sumber Twitter

Bagi mereka tiada siapa boleh sentuh perkara yang mereka lakukan kecuali ibu bapa. Secara tidak langsung pergaulan bebas dan adab dalam diri semakin berkurang. Tindakan yang boleh mengundang buah mulut dianggap remeh.

Sumber Twitter

TUNJUK JARI, AKSI KURANG SOPAN

Terbaru tular di media sosial apabila seorang gadis menunjukkan isyarat jari tengah. Urmmm boleh tahan. Gadis yang baru berusia 17 tahun itu dengan beraninya memuat naik gambar tersebut di laman Twitter miliknya.

Sumber Twitter

MEROSAKKAN IMEJ BERTUDUNG

Apa yang menghairankan orang ramai adalah bagaimana seorang yang gadis semuda itu dan berpakaian siap tudung boleh berkelakuan sedemikian. Bagi penulis itu adalah tindakan di luar norma. Kerana di Negara Barat sendiri menunjukkan aksi sedemikian boleh dianggap biadab.

AKUI ITU ADALAH PERKARA BIASA

Walau bagaimanapun, gadis berkenaan yang dikenali sebagai Wani mempertahankan tindakannya itu. Bagi dirinya, cakap-cakap netizen ini tidak memberi kesan dan masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza.

HANYA BERBEZA PENDAPAT

Wani menjelaskan yang itu adalah sekadar jari dan langsung tidak menggambarkan seperti mana pandangan netizen lain yang memikirkan perkara negatif. Dia tidak menyangka gambar berkenaan boleh tular memandangkan dia bukanlah seorang yang terkenal di laman Twitter.

SEORANG YANG KASAR

Jelas Wani, hanya orang terdekat mengenali dirinya yang mana bersikap kasar. Suka buat perkara ikut suka hati. Disebabkan itu dia tidak kisah biarpun cikgu dan teman persekolahan mendapat tahu dirinya tular disebabkan sekeping gambar jari tengah.

KAITKAN IBU BAPA DALAM SOAL DIDIKAN

Disapa mengenai teguran netizen, dia mengakui dirinya akan lebih menghargai sekiranya ada individu pm dan tegur secara peribadi. Tidak dinafikan ada yang mengaitkan memetik ibu bapa dalam soal ini. Jelasnya ini tiada kena mengena langsung kerana datang dari diri sendiri.

REAKSI NETIZEN– aksi sedemikian bukan perkara biasa. Netizen tegur bukan cemburu tapi untuk mengubah menjadi lebih baik.

Sumber Twitter

REAKSI NETIZEN– kalau dulu buat macam ni dah lama masuk bilik guru besar.

Sumber Twitter

REAKSI NETIZEN– jangan pandang ringan, jaga maruah agama, diri dan keluarga.

Sumber Twitter

Apa pun kita hidup dalam dunia bermasyarakat dan ada peradaban melayu. Jadi masing-masing perlu menjalankan tanggungjawab baik individu mahupun netizen. Berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara sekiranya tidak ingin ditegur netizen dan untuk netizen menegurlah dengan usaha yang baik.

Sumber: twitter muggle

Kongsi artikel ini: