Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Benda haram la sedap! Nabila Huda ditegur peminat gara-gara bermain dengan Husky Siberia

Pantang buat silap, pasti akan ada mulut-mulut yang ingin menegur. Itulah yang akan terjadi sekiranya diri ini bergelar selebriti. Namun sampai bila je selebriti boleh jaga kelakuan? Mereka adalah manusia sama macam kita yang mana kadang-kadang terlepas pandang hal-hal kecil.

Sumber Instagram

Nabila Huda antara pelakon yang mula mencipta nama sejak dari kecil lagi. Dia pernah melalui pelbagai detik dan cerita kontroversi sepanjang karier nya sebagai artis tempatan. Namun, anak kepada penyanyi rock, Amy Search ini sangat bijak dalam mengawal situasi.

BERGAMBAR DENGAN HUSKY SIBERIA

Semalam, Nabila mendapat perhatian ramai menerusi perkongsian gambar di laman instagram miliknya. Apa yang menariknya, gambar tersebut adalah selfienya dengan seekor anjing berbaka Husky Siberia. Rupanya seakan serigala.

Sumber Instagram

Mengikut rujukan Wikipedia bebas, ia adalah anjing bersaiz sederhana berbulu padat dan berasal dari Siberia timur laut sebenarnya. Baka ini tergolong dalam keluarga genetic spits. Ia boleh dicam berdasarkan telinganya berbentuk segi tiga tegak, bulu dua lapis tebal da nada tanda yang tersendiri.

BACA: Husky Siberia

JANGAN RISAU, ABEL DAH SAMAK/SERTU

Sudah pasti dengan kehadiran gambar sebegini menimbulkan persoalan dan spekulasi bahawa bermain dengan binatang sejenis ini adalah haram atau pun tidak. Namun, dapat dilihat yang Nabila terlebih dahulu bersedia dengan menulis kepsyen bahawa jangan risau kerana dia sudahpun samak/sertu bahagian yang terkena Husky tersebut.

Sumber Instagram

DAH TAK DA BINATANG LAIN AGAKNYA

Dalam banyak-banyak komen, ada individu yang menyapa dan meninggalkan pesan tentang aktiviti yang dilakukan Abel. Tulisnya kenapa perlu memilih untuk bermain dengan binatang yang sah-sah hukumnya haram sedangkan banyak lagi haiwan yang lain. Berikut adalah tulisnya:

“Maaf atas teguran ni…mmg sy mintak maaf…tpi anjing kan seekor binatang yg haram disentuh…yes!…mmg u dah samak n cibuk muka tu tpi kite still x boleh sentuh bintang yg haram disentuh…kalau tersentuh or terkena tu mmg akn diterima samak tu…”

Sumber Instagram

“tpi ni dah sengaja pegi main dgn dog tu…ermm…maybe…teguran nih akn x kan diterima… tpi bende nih betul….seronok ke main dgn binatang yg haram disentuh?!…bnyk lgi binatang yg boleh kite bela n jaga tpi dlm berjuta juta bintang why dog?…”

“astargfirluahalazim!…sy sebagai umat Islam just nak pesan n nk ingatkan…skarang nih dh boleh dikatakan akhir zaman….sy sebagai seorang umat Islam just nak trying to help you…supaya you x susah bila dah smpai masanya nnti…sekian..” Tulis tegur individu yang dimaksudkan.

Sumber Instagram

Gambar yang dimuat naik Abil itu diambil ketika dia sedang bercuti di New Zealand bersama ahli keluarganya yang lain. Apa pun mungkin kekeliruan beberapa pihak berpendapat bahawa Husky Siberia adalah sejenis rubah ataupun serigala namun mengikut wikipedia ianya tidak.

BACA: Hukum menyentuh rubah atau serigala

Sumber: Instagram Nabila Huda, Wikipedia bebas

Kongsi artikel ini: